Monday, June 13, 2011

Scroll Box untuk Widget

| |
Meletakkan sesuatu widget adalah bagus untuk blog. Walau bagaimanapun, adakalanya widget tersebut boleh 'menggangu' pandangan jika mengambil ruang yang agak besar untuk blog.

Salah satu penyelesaianya adalah dengan menjadikan widget tersebut boleh scroll. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan ruang yang digunakan dan menjadikan blog anda nampak lebih kemas.
cara buat scroll box


Scroll box ini juga sesuai dengan apa sahaja widget yang anda mahu.:) Antara widget yang sesuai menggunakan scroll box ini adalah Mister Linky. Ini kerana jika jumlah pengunjung yang meletakkan url adalah banyak, ruang yang digunakan juga akan bertambah.

Secara ringkasnya, apa sahaja widget yang guna kod HTML boleh guna cara ini untuk jadikannya scroll.:)

Tutorial untuk membuat scroll box adalah seperti berikut..

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript
(Jika anda sudah letakkan widget hanya buka HTML/javascript widget yang anda telah letak di blog)

2. Kemudian masukkan/ubah kod widget seperti berikut.

width:426px;height:100px;overflow:auto; ">

Letakkan kod widget anda disini


Note :
width: ubah mengikut lebar yang anda kehendaki
height: ubah mengikut tinggi yang anda kehendaki


3. Apabila selesai, save dan lihat hasilnya..

Senang bukan..:)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Pesanan Hari Ini

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

by Ahmad AlFateh