Hai, Semua..Artikel kali ini, saya nak bagi tips yang mudah untuk anda membuat diary sendiri. Tidak perlu beli buku,diary atau yang seumpama dengannya lagi. Hanya guna Notepad sahaja anda dah boleh buat diary sendiri. Percuma dan senang..
Langkah 1 : Buka Notepad di Komputer anda dan taip .LOG seperti dalam gambar rajah dan tekan ENTER .
Simpan Notepad anda dengan sebarang nama dan kemudian tutup.
Langkah 2 : Buka semula Notepad anda tadi dan anda akan dapati Tarikh dan Masa terkini dipaparkan secara automatik . Masukkan nota anda di bawah Tarikh dan Masa tersebut dan tekan ENTER, kemudian Simpan dan Tutup Semula.
Cuba buka semula pada 1 minit selepas itu dan Notepad akan memaparkan Tarikh dan Masa terkini. Ulang langkah tadi dan gunalah Diary Baru anda tanpa had. Senang dan mudah kan ? Ni cara nak berjimat paling senang, tak perlu beli perisian-perisian yang mahal dan buku-buku lain…:)
Jumpa lagi, kawan2..!
0 comments:
Post a Comment