Monday, June 13, 2011

Cara nak blok laman web

| |

Tahukah anda bagaimana untuk menghalang anak anda daripada melayari laman-laman web yang tidak sepatutnya?

Ramai yang tidak tahu perkara ini dan ramai yang bertanya kepada saya tentang masalah ini, tapi dalam tips gempak ini saya akan tunjukkan cara mudah untuk menghalang atau mengawal anak anda untuk melayari internet. Lepas ini anda tidak perlu risau lagi hal-hal anak anda di rumah..:)

Langkah 1 : Pergi ke Butang Start – Run…kemudian taip c:WindowsSystem32driversetc.
Langkah 2 : Satu tetingkap baru akan muncul dan paparkan 5 Fail di dalamnya.
Langkah 3 : Klik kanan pada Fail ‘Hosts’ dan pilih Open.
Langkah 4 : Buka Fail tadi dengan menggunakan Notepad.
Langkah 5 : Anda akan dipaparkan dengan 1 Fail Notepad seperti ini.
Langkah 6  : Masukkan laman web yang anda hendak blok daripada anak anda dan taipkan IP seperti yang saya tunjukkan di bawah untuk semua laman web.
Contoh : 127.0.0.1             www.youtube.com
Langkah 7 : Kemudian, simpan Fail tersebut dengan klik pada Menu File – Save.

Tapi kena ingat, anda mestilah sebagai seorang Administrator untuk melakukan langkah-langkah ini. Biasanya, di pejabat atau tempat kerja anda, pihak Administrator telah mengawal semuanya. Tip yang saya bagi ini sesuai dilakukan khas untuk penggunaan di rumah dan juga boleh dilakukan di pejabat sekiranya anda adalah Administrator. Untuk membuka semula laman web tersebut, anda cuma perlu ulang langkah di atas dan buang laman web tersebut. Senangkan…
Selamat Mencuba…
PERHATIAN ! :
Sekiranya IP yang saya maklumkan di atas tidak dapat digunakan, cuba masukkan IP mengikut turutan IP yang tertera di Fail Host Computer anda.
Contoh : Ini adalah Fail Host ketika anda buka mula-mula di komputer anda. IP yang tertera di barisan akhir ialah 172.27.28.14
Masukkan ikut turutan IP seperti ini 172.27.28.15   www.youtube.com dan Simpan Fail Host anda.


Read more: Blok Laman Web | AzizulAzami dotCom http://azizulazami.com/bloklamanweb.html#ixzz1P66W4JBG

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Pesanan Hari Ini

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

by Ahmad AlFateh