Tuesday, December 15, 2009

Pemuda PAS tumpu daftar pengundi muda

| |
0 comments
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kini sedang giat menjalankan usaha memberi kesedaran dan menarik golongan muda mendaftarkan diri sebagai pemilih supaya mereka dibenar mengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti.

Usaha secara komprehensif bermula beberapa bulan lalu dengan pelancaran kempen 'Orang Muda geng Kita' itu dibuat sebagai salah satu kaedah mendekatkan diri mereka dengan anak muda sekaligus memperkenalkan perjuangan PAS kepada mereka.

Ketuanya Nasaruddin Hassan berkata, pelbagai program dirancang mereka khusus untuk tujuan tersebut malah telah mengarahkan seluruh lajnah dan jabatan di bawah dewan itu merancang program bagi mencapai matlamat yang sama.

Manakala yang terdekat, mereka akan menganjurkan program khas diberi nama 'Kembara Keretapi' sebagai usaha menemui anak muda di seleruh negara.

Program yang dijadual awal tahun depan itu membolehkan jentera pemuda bertemu golongan belia di sepanjang gerabak keretapi selain turun pada setiap stesen untuk menjalankan pelbagai aktiviti mereka.

"Kalau dari Kuala Lumpur ke stesen Johor Bahru, sekurang kurangnya kita ada empat stesen untuk kita berhenti. Kita ada aktiviti di setiap setesen dan juga aktiviti dalam keretapi," katanya ketika dihubungi.

Selain itu, pemuda PAS juga katanya akan menempatkan kaunter-kauter pendaftaran pemilih muda di setiap program mereka di seluruh negara.

Dalam perkembagan lain, Nasaruddin turut memaklumkan pihak DPPP juga sedang membuat penilaian semula terhadap program kesemua lajnah dan platfom pemuda.

Ianya bagi meastikan setiap program yang dianjurkan selari dengan gerak kerja yang diputuskan dalam plan strategik mereka.

"Pada sesi saya, kita akan buat penilaian sebegini setiap enam bulan sekali, kita akan muhasabah program-program yang telah kita buat, dan murakobah program-program yang sedang dalam perancangan," katanya.

Behubung pertemuan susulan DPPP dengan ahli akademik, Dr. Abu Hassan Hasbullah yang dijadual bulan ini pula, beliau memaklumkan masih dalam proses mencari tarikh sesuai untuk kedua dua pihak manakala kajian berhubung dakwaan sedang berlaku kemerosotan undi muda terhadap PAS pula akan dibentang Institut Kajian Dasar dewan itu bulan Januari tahun hadapan.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Pesanan Hari Ini

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

by Ahmad AlFateh