Monday, June 13, 2011

Bunuh “Not Responding” Sekelip Mata!!!

| |

Pernahkah Komputer anda jadi begini?


Apakah yang anda biasa lakukan? Saya pasti semua akan tekan Ctrl-Alt-Del dan kemudian End Task ! Saya akan bongkarkan rahsia paling mudah untuk anda menamatkan sesuatu program dengan hanya satu klik sahaja dan cepat ! Wah, menarik kan?

Apa yang perlu anda lakukan ?

Langkah 1 : Klik kanan pada Desktop anda dan pilih New – Shortcut.

Langkah 2 : Dalam Kotak Shortcut tersebut, masukkan kod ini…

taskkill.exe /f /fi “status eq not responding”

Kemudian, klik Next.

Langkah 3 : Namakan dengan sebarang nama yang anda suka untuk program ini. Contoh, saya namakan dengan nama BunuhProgram.exe.

Ya ! Sekarang tunggu sahaja apabila komputer anda “hang” dan lakukan teknik ini. Untuk memudahkan anda, tarik icon shortcut ini ke Taskbar di bawah skrin anda supaya anda boleh klik dengan cepat nanti.
Jika anda rasa menarik, sebar-sebarkan pada kawan anda dan klik “Like” tanda sokongan anda kepada saya. Saya alu-alukan komen daripada anda dengan meninggalkan pesanan di bawah, kita boleh berkongsi pandangan masing-masing dan saya ingin tahu juga adakah berkesan di komputer anda ?..=)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Pesanan Hari Ini

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

by Ahmad AlFateh