Monday, January 04, 2010

Jihad

| |
Sabda Rasulullah, " Sebesar besar jihad adalah menyampaikan kalimah haq di hadapan penguasa
yang zalim." Usaha usaha ulama terdahulu yang mempertahankan yang benar dihadapan penguasa
zalim sepatutnya menjadi tauladan kepada kita. Kisah kisah mereka banyak dibukukan untuk
pembacaan generasi kita dan akan datang. Semoga ringkasan contoh contoh ulama
mempertahankan kebenaran ini menjadi tauladan kepada kita.

1. Al Imam Said bin Musayyab.

Menunaikan haji sebanyak 40 kali. Tidak pernah ketinggalan solat berjemaah jika tiada alasan dan
selalu di saf hadapan. Menolak lamaran Amirul Mukminin, Abdul Malik bin Marwan untuk
dinikahkan dengan puteranya Al Walid, kerana tidak mahu membiarkan anak gadisnya dihiasi
dengan kemewahan dunia yang boleh mengakibatkannya lupa kepada akhirat. Anak gadisnya
dikahwinkan dengan anak muridnya yang kematian isteri dengan mas kahwin hanya 2 dinar.

Tidak menghadiri majlis membai'tkan putera Al Walid yang dinobatkan mengganti Amirul
Mukminin Abdul Malik dan pelantikan Sulaiman bin Yasar sebagai Pemimpin Pemerintah bagi suatu
wilayah kekuasaan Amirul Mukminin, kerana tidak mendapat persetujuan dari masyarakat .
Pelantikkan itu terkeluar dari syariat Islam kerana memperkosa hak hak asasi manusia untuk
menentukan orang yang mereka sukai dan cintai. Jadi menurutnya pembai'tan itu dilakukan secara
paksa.

Lalu Imam Al Said disiksa dengan 50 kali sebatan dan diarak megelilinggi pasar untuk
dipertontonkan. Imam Said sekali lagi disiksa dengan 60 kali sebatan kerana tidak bersetuju
perlantikkan Jahir Al Aswaad Az Zuhri sebagai wali di sebuah kota, kerana Jahir seorang yang
banyak melakukan kesalahan dan tidak mahir dalam syariat Islam. Imam Said juga dipenjara oleh
Jahir. Dbebaskan semula oleh Abdullah bin Zubair. Segala penderitaan ini dilalui oleh Imam Al
Said dengan tabah dan lebih berani kerana membenarkan apa yang benar. Beliau meninggal pada
tahun 91 H.

2. Al Imam Malik bin Anas

Fatwanya "Tidak sah perceraian yang dipaksakan" dan bahkan apa yang dipaksakan dan tidak
sesuai dengan kehendak rakyat adalah tidak sah mengikut hukum Islam. Sedangkan Amirul
Mukminin, Al Mansur melantik pemimpin/penguasa dari kalangan ahli keluarganya dan orang yang
dekat dengan keluarganya dan perlantikan itu tidak dari suara orang ramai. Jadi ia bertentangan
dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Imam Malik bersandarkan Hadis Rasulullah yang benar. Imam
Malik begitu bertegas dengan fatwanya, walaupun setelah Al Mansur mengarahkan agar fatwanya
diubah. Akibatnya pergerakkan Imam Malik dipersempitkan, diawasi dan dihalangi. Walaupun
begitu beliau terus menyebarkan wasiat Rasulullah dan menegakkan hukum Allah dan akhirnya
beliau dimasukkan penjara dan disebat 70 kali.

3. Al Imam Ahmad bin Hambal

Di zaman Imam Ahmad terdapat suatu golongan dipanggil Mu'tazilah yang mana mereka percaya
bahawa Al Quran adalah makhluk Allah. Golongan Mu'tazilah ini sangat besar pengaruhnya
diperingkat tertinggi pemerintahan. Termasuk Amirul Mukminin Al Ma'mun juga terpengaruh sama.
Gologan Mu'tazilah senang mempengaruhi pihak pengusa kerana mereka begitu rapat dengan
penguasa dan mereka tidak pernah menentang apa yang dilakukan oleh penguasa dan pegawai
pegawainya. Dengan ini mereka sangat terpengaruh dan diberi kepercayaan oleh penguasa. Mereka
menamakan fahaman ini Aqidah Taqiyah.

Pendapat ini sangat bertentangan dengan pendapat ulama ulama besar ketika itu termasuk Imam
Ahmad . Kaum Mu'tazilah mempengaruhi penguasa supaya meyebarkan fahaman Aqidah Taqiyah
mereka dan mana mana yang menentang akan dikenakan siksaan. Mereka juga menyiksa dan
memenjara ulama ulama yang menentang fahaman mereka. Imam Ahmad juga dipenjarakan.
Sahabat Imam Ahmad, Muhammad bin Nuh meninggal didalam penjara akibat disiksa begitu kejam
sekali.

Kematian sahabatnya tidak melemahkan imannya supaya terus menentang Aqidah Taqiyah dan
kezaliman pengusa. Beliau menerima sebatan sebanyak 110 kali tetapi tetap berkata Al Quran
bukanlah makhluk Allah.

Imam Ahmad dibebaskan dari penjara dibawah pimpinan Al Wastiq setelah kematian Al Mu'tashim,
ayahnya yang mengambil alih kuasa setelah kematian Al Ma'mun , juga terpengaruh dengan
Mu'tazilah. Pembebasan in kerana atas desakan dari rakyat yang bangun menentang kezaliman
penguasa. Imam Ahmad hampir tidak dapat berjalan semasa dibebaskan.

Setelah kesihatannya pulih beliau meneruskan aktivitinya sebagai ulama yang tegas dengan fatwanya
dan gurubesar disebuah sekolah. Al Wastiq begitu geram kerana rakyat masih menentangnya
walaupun telah membebaskan Imam Ahmad. Beliau mula berbincang dengan gologan Mu'tazilah
dan akhirnya mereka mula menangkap dan menghalang sesiapa yang pergi belajar dengan Imam
Ahmad. Cara ini juga tidak berjaya dan akhirnya Al Wastiq yang telah terpengaruh oleh Mu'tazilah
mengenakan tahanan rumah yang mana Imam Ahmad tidak boleh keluar dan menerima kunjungan
dari anak anak muridnya maupun saudara saudaranya. Pemerintah bertujuan menghapuskan
pengaruh Imam Ahmad. Penahanan ini berlaku sehinggalah kematian Al Wastiq.

Dipetik dari buku "Ulama' dan Penguasa" - Abdul Aziz Ismail


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Pesanan Hari Ini

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

by Ahmad AlFateh