Monday, January 04, 2010

Gerakan Islam Hanya Satu

| |
Al Imam Asy Syafie di dalam kitabnya Al Risalah menerangkan bahawa "Mengikut fahaman saya terhadap sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud :Wajiblah kamu bersama-sama jamaah Islam dan kepimpinan mereka: bahawa
gerakan Islam itu sepatutnya satu sahaja (Al Risalah muka surat 205 - 206)

Walaupun itulah sabda Junjungan dan pendapat Ulamak muktabar tetapi pada realiliti nya tidak demikian dalam
konteks kita melihat di negara kita Malaysia dan negara-negara lain juga.

Terdapat di negara-negara ini bermacam-macam jemaah yang menamakan jemaah mereka dengan gerakan Islam
yang memang tertubuhnya adalah berdasarkan kepada beberapa yang antara lainnya adalah seperti berikut:

1. Gerakan Islam yang sedia ada didakwa telah kehabisan matlamat dan tujuan sedangkan matlamat dan cita-cita
Islam gerakan itu tadi belum lagi tercapai.
2. Bahawa gerakan Islam yang sedia ada ini tidak lengkap dan tidak menyeluruh.
3. Bahawa gerakan Islam yang sedia ada wujud itu mempunyai kekeliruan dan seribu satu macam persoalan.
Justeru itu meujudkan gerakan Islam yang baru dapat menyelamatkan mereka yang bekerja di lapangan Islam
daripada berbagai-bagai tuduhan dan subahat serta persoalan yang bermacam-macam itu
4. Bahawa gerakan Islam yang sedia ada itu telah banyak melakukan kesalahan.


Inilah yang boleh disimpulkan kepada gerakan-gerakan Islam yang ada hari adalah hasil daripada hujjah-hujjah
diatas. Kesimpulannya adalah rasa tidak puas hati terhadap gerakan Islam yang sedia ada menyebabkan mereka
menubuhkan gerakan Islam yang baru.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Pesanan Hari Ini

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

by Ahmad AlFateh