Tuesday, June 14, 2011

HUKUM JENAYAH ISLAM

| |
0 comments




 1.     Pengertian Jenayah.
        Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.
 2.   Falsafah Jenayah.
Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.
  

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

 Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ;

(a)  Hukum Hudud
(b)  Hukum Qisas

(c)  Hukum Ta’zir

 

A.  HUKUM HUDUD

 1.      Pengertian Hudud;
 (a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 
 Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
 2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(a) Zina;
 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
 (b) Qazaf (menuduh zina);
        Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(c)  Minum arak;
       Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali

 (d)  Mencuri;
       Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
 
      Hukuman : potong tangan
 (e) Merompak;
      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
      Hukuman :
        sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh 
( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
            # Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang.
  

B. HUKUM QISAS


1. Pengertian qisas;
(a) Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.
(b) Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu.

2.   Jenis jenayah qisas;
      Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.
 3.   Hukuman terhadap kesalahan qisas;
       Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
 Maksudnya;
“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya”             (Surah al-Maidah ayat 45)

Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

Kadar Diat

Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan  unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
                     a) wang emas = 1000 dinar
                     b) wang perak = 10,000 - 12,000 dirham
                     c) lembu            = 200 ekor
                     d) kambing      = 2000 ekor
                     e) Persalinan   = 200 persalinan lengkap
a. Diat jenayah membunuh.
1.  Pembunuhan sengaja -  100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;
                     a)   30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
                     b)   30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
                      c)   40 ekor Hulqah 
# Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan.
2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.
3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;
                   a) 20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
                   b) 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
                   c) 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
                   d) 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
                   e) 20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun)

# Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahaja.Qishas tidak dikenakan.
       * Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki
       * Diat hamba 1/2 drp diat merdeka
       
# Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.
# Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)
# Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.
# Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
b. Diat jenayah mencederakan anggota
1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan  telinga.
3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)
4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)
5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4  bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.
6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)
7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
8.10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.

9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)

 C. HUKUM TA’ZIR

       1. Pengertian ta’zir.
      (a) Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang.
(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
 2.      Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;
      (a)     Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atauqisas.
(b)     Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c)      Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

      3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir.
              (a)  Nasihat;
              Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.
 (b)  Teguran;
                Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.
 (c)   Ancaman;
               Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
 (d) Pemulauan;
               Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
 (e)  Perisytiharan umum;
              Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.
            (f)  Denda dan merampas harta;
                   Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.
            (g)  Penjara;
                   Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut   pertimbangan realiti smasa.
          (h)  Sebat;
                   Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti             semasa.
           (i)   Bunuh;
                  Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.
          (j)   Buang daerah;
                 Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat  dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

Matlamat  Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir

       (a) untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
 (b) untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
      (c) untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.
 
 
Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat
         (a)   Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh
                dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.
 (b)  Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera.
 (c)   Hukuman jenayah Islam men­gandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.

Read More

Monday, June 13, 2011

Scroll Box untuk Widget

| |
0 comments
Meletakkan sesuatu widget adalah bagus untuk blog. Walau bagaimanapun, adakalanya widget tersebut boleh 'menggangu' pandangan jika mengambil ruang yang agak besar untuk blog.

Salah satu penyelesaianya adalah dengan menjadikan widget tersebut boleh scroll. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan ruang yang digunakan dan menjadikan blog anda nampak lebih kemas.
cara buat scroll box


Scroll box ini juga sesuai dengan apa sahaja widget yang anda mahu.:) Antara widget yang sesuai menggunakan scroll box ini adalah Mister Linky. Ini kerana jika jumlah pengunjung yang meletakkan url adalah banyak, ruang yang digunakan juga akan bertambah.

Secara ringkasnya, apa sahaja widget yang guna kod HTML boleh guna cara ini untuk jadikannya scroll.:)

Tutorial untuk membuat scroll box adalah seperti berikut..

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript
(Jika anda sudah letakkan widget hanya buka HTML/javascript widget yang anda telah letak di blog)

2. Kemudian masukkan/ubah kod widget seperti berikut.

width:426px;height:100px;overflow:auto; ">

Letakkan kod widget anda disini


Note :
width: ubah mengikut lebar yang anda kehendaki
height: ubah mengikut tinggi yang anda kehendaki


3. Apabila selesai, save dan lihat hasilnya..

Senang bukan..:)
Read More

Letak Button Like Untuk Blog

| |
0 comments
Bagaimana anda hendak menentukan secara rawak berapa ramai yang suka blog anda.?.
Salah satu daripadanya adalah dengan meletakkan button 'like' untuk blog.

Jika tutorial meletakkan button 'like' dalam entri merujuk kepada pengunjung yang suka pada entri anda, meletakkan button 'like' ini pula akan merujuk kepada bilangan pengunjung yang suka blog anda secara keseluruhannya.

Anda boleh menggunakan kod yang diberi untuk diletakkan di sidebar blog anda



Tutorial untuk meletakkan button ini seperti di bawah.

1. Login akaun blogger, dari dashboard > design > add a gadget > HTML javascript

2. Copy dan paste kod di bawah ke dalam ruangan HTML/javascript




note: Gantikan URL-ANDA dengan url blog anda

3. Save dan lihat hasilnya.:)

p/s: Apabila seseorang 'like', akan keluar di wall orang yang like tentang blog anda dan secara tidak langsung dapat meningkatkan trafik blog anda.:)

Read More

Letak Facebok Button 'Like' Dalam Blog

| |
0 comments
Meletakkan button 'like' dalam blog dapat memberi gambaran secara kasar samada penunjung anda menyukai entri yang ada di blog anda. Selain itu, penggunaan button 'like' ini juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan trafik blog anda.
Letak Facebok Button 'Like' Dalam Blog

Anda boleh lihat contoh button 'like' di blog ini dan juga di unwanted86.

Cara-cara untuk meletakkan button like ini adalah seperti berikut.

1. Login akaun blogger, dari dashboard > design > edit HTML > expand widget templates
( backup template untuk langkah berjaga²)

2. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod berikut.


3. Kemudian copy kod ini, dan paste di bawah kod yang anda cari di langkah 2.
Read More

Letak Facebook Share Button dalam Blog

| |
0 comments
Penggunaan button share dalam blog untuk web sosial facebook dapat memudahkan para pengunjung sesebuah blog berkongsi apa yang disukai kepada kawan-kawan di facebook.
Letak Facebook Share Button pada Blog

Dengan hanya beberapa klik sahaja, ianya sudah siap sedia untuk dikongsi di profile facebook. selain itu penggunaan facebook share button ini dapat manarik lebih ramai pelawat ke sesebuah blog.

Contoh penggunaan facebook share button (selain blog ini) adalah di unwanted86 dan juga ohbest.

Cara untuk memasukkan facebook share button ini adalah seperti berikut.

1. Pilih jenis facebook share button yang anda kehendaki, kemudian copy code yang diberi.


Code untuk Full


Read More

Ketahui Jumlah Post dan Jumlah Komen dalam Blog

| |
0 comments
Berapakah bilangan post dan bilangan komen yang anda terima bagi keseluruhan selama anda berblogging.? Jika itu yang menjadi persoalan, jawapannya adalah mudah sekali.:)



Ikuti tutorial di bawah.

1. Login akaun blogger, dari dashboard > design > add a gadget > HTML javascript
(masih tidak faham? rujuk sini )

2. Copy kod di bawah dan letakkan ke dalam ruangan HTML/javascript



get this


3. Save. Itu sahaja dan lihat hasilnya.:)
Read More

Misterlinky - cara mudah untuk pengunjung masukkan link di blog

| |
0 comments
Sesetengah pemilik blog akan memasukkan link pengunjung sebagai exchange. Cara ini bagus untuk meningkatkan trafik blog. Kebiasaanya, link pengunjung akan dimasukkan oleh pemilik blog.

Tetapi dengan misterlinky, pengunjung sendiri akan meninggalkan link blog mereka pada blog² yang meletakkan widget ini. Secara tidak langsung dapat memudahkan kedua-dua belah pihak, pemilik blog dan pengunjung blog.

Berikut contoh widget misterlinky ini.



Untuk mendapatkan widget ini, anda boleh dapatkan (daftar) di www.misterlinky.net/

Setelah selesai mendaftar dengan linkwinky, dapatkan kod HTML kemudian paste di bahagian page element blog anda.

Antara kelebihan menggunakan misterlink ini adalah widget yang simple dan mudah untuk memasukkan url blog. Pemilik blog juga senang untuk menguruskan widget ini(jika ada link yang tidak dikehendaki)
Read More

Recent Post dengan Thumbnail Widget

| |
0 comments
Penggunaan widget recent post adalah penting untuk menunjukkan kepada pengunjung apa entri-entri terbaru yang terdapat dalam blog. Lagi berguna jika pengunjung yang datang bukannya dari frontpage. Jadi widget recent post sangat penting ketika ini.

Sebelum ini sudah diletakakn Animated recent post widget,tetapi untuk kali ini, tutorial akan menunjukkan cara meletakkan recent post widget, tetapi jenis statik.

Contoh adalah seperti gambar ini.


Cara-cara untuk meletakkan widget ini adalah seperti berikut:

1. Dari dashoard > desin > add a gadget > HTML/javascript

2. Dalam ruangan HTML/javascript, masukkan kod berikut.





Note:

Anda boleh ubah beberapa kod mengikut kesesuaian blog anda.

boxwidth - lebar widget
cellspacing - jarak antara cell (default sudah ok)
borderColor - Warna background (untuk melihat senarai kod warna, RUJUK SINI)
thumbwidth & thumbheight - lebar dan tinggi thumbnail (default sudah ok)
fntsize - Size untuk tajuk
acolor - Warna tajuk.untuk melihat senarai kod warna, RUJUK SINI)
aBold - Mahu tajuk di'tebalkan' atau tidak (true or false)
numposts - Bilangan recent post yang dikehendak
home_page : http://URL ANDA.blogspot.com/ (Gantikal URL ANDA dengan url blog anda)


3. Save dan lihat hasilnya.:)

-----------------

-Bagi yang buat tetapi tidak menjadi, dari dashboard > settings > site feed
- Pada allow site feeds, pilih FULL


Read More

Letak Widget Popular Post Dalam Blog

| |
0 comments
Anda menaip blog, tetapi adakah anda tahu dalam banyak-banyak entri yang anda ada, entri manakah yang paling popular.? Entri manakah yang mempunyai komen paling tinggi.? Tentu sukar untuk menentukan apatah lagi jika anda sudahpun mempunyai entri sehingga mencapai ratusan.:)


Tutorial kali ini akan menunjukkan cara bagaimana untuk meletakkan popular post( atau anda boleh panggil dengan nama lain) pada blog anda. Widget popular post ini adalah berdasarkan bilangan komen yang ada pada entri, bukannya berdasarkan page view. Dan semestinya tutorial ini adalah mudah sahaja.:)

1. Login akaun anda, dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. Dalam ruangan HTML/javascript, masukkan kod di bawah.


Get this widget here


Note:
-tukarkan URL BLOG dengan nama blog yang anda guna
-maxshowresult=5; tukarkan 5 dengan bilangan popular post yang anda mahu

3. Save dan lihat hasilnya..:)
Read More

Letak Button Back To Top

| |
0 comments
Meletakkan button 'back to top' biasanya digunakan untuk blogger yang kebiasaannya mempunyai entri yang panjang, ataupun entri blog tersebut sentiasa mempunyai komen yang banyak atau mungkin juga sebagai penyeri agaknya.:)
anda boleh melihat contoh back to top button di blog demo ini.


Walaupun terdapat pelbagai cara yang agak advance dengan kesan yang lagi hebat-hebat, tetapi entri ini akan menunjukkan cara yang paling ringkas untuk meletakkan button back to top ini. Tidak perlu pening kepala kerana ia hanya menggunakan beberapa step sahaja.:)

Berikut adalah tutorial untuk meletakkan button back to top dalam blog.


1. Login akaun blog anda, kemudian dari dashboard > design > add a gadget > html/javascript

2. Paste kod di bawah ke dalam ruangan html/javascript
Url gambar">


Masukkan url gambar dengan url gambar 'arrow back to top' anda.

Disini ada beberapa jenis arrow diletakkan, hanya untuk memudahkan. Tetapi jika anda ingin mencari pelbagai lagi jenis back to top arrow, anda Google sahaja.


http://img338.imageshack.us/img338/9871/2evyotw.gif


http://img132.imageshack.us/img132/5848/totopbutton.png


http://img175.imageshack.us/img175/7297/up3.png


http://img28.imageshack.us/img28/2494/30720265.png


http://img529.imageshack.us/img529/1986/96133335.png


http://img294.imageshack.us/img294/9831/14193731.gif


3. Apabila selesai save dan lihatlah hasilnya.:)
Read More

Letak 'Recent Comments' dalam Blog

| |
0 comments
Meletakkan 'recent comments' adalah cara yang paling mudah untuk mengetahui entri manakah yang paling latest menerima komen samada dari pengunjung blog ataupun tuan punya blog.
Letak 'Recent Comments' dalam Blog


Walaupun terdapat pelbagai cara untuk meletakkan 'recent comments' ini, tetapi cara yang akan ditunjukkan ini merupakan antara cara paling ringkas untuk meletakkan widget ini.

Tutorialnya adalah seperti berikut.

1. Login akaun blogger, kemudian dari dashboard > Design > add a gadget >HTML/javascript

2. Kemudian masukkan kod di bawah ke dalam HTML/javascript
Get widget here


Nota: tukarkan URL blog anda dalam kod di atas dengan url blog anda.

3. Save dan tengok hasilnya..:)


TAMBAHAN:Ubahsuai juga boleh dilakukan seperti berikut.

1. Jumlah komen yang ditetapkan untuk dipapar adalah 5. Anda boleh mengubah bilangan komen yang dipaparkan. Lihat kod dibawah sebagai rujukan. Bilangan yang dicadangkan adalah antara 4 - 8
....a_rc=5;var m_rc=false...


2.Jumlah perkataan yang ditetapkan untuk satu comment adalah termasuk nama pengomen adalah 100. Anda boleh menukar jumlah tersebut mengikut keselesaan anda.
var o_rc=100;


3. Tarikh untuk komen juga boleh ditambah. Caranya tukar perkataan dalam kod berikut daripadafalse kepada true.
var m_rc=false;var n_rc=true;var o_rc=100


Selamat mencuba..:)


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Pesanan Hari Ini

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

by Ahmad AlFateh