Monday, June 27, 2011

Biodata Rasulallah

| |
0 comments

Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:
• Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
• Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
• Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
• Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
• Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
• Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. "
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. "
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra'). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku."
Read More

Sunday, June 26, 2011

Surat dari Anak Mak yang dah Tak Nakal...

| |
0 comments




 Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari... 
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi 
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tau tak... 
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa... 
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh... 
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia... 
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai... 
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu... 
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih... 
Kakak pun rasa hairan... 
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak... 
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ... 
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih... 
Pastu mak jemur karpet-karpet. .. 
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong.. 
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. 
Ada kat dalam almari... 
Ada kat dalam dalam beg... 
Ada dalam ASB... 
Ada kat dalam Tabung Haji.. 
Mak cakap tak berapa cukup lagi... 
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..?? 
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... 
Mak cuma gelak jer... 
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut... 
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan. 
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk... 
Mak tetap takmau pi hospital... 
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. 
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital... 
Tapi kiter berkeras juga pujuk.. 
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak.. 
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil.. 
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk... 
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...
Mak... 
Ampunkan kami semua... 
Kami nak mak sehat... 
Kami sayang mak... 
Kami tak mau mak sakit... 
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital... 
Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital 
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... 
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta... 
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit.. 
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit... 
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran... 
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj... 
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...? 
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... 
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... 
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...
Mak... 
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006 
Bila tiba aja kat hospital... 
Nurse tengah balut mak dengan kain putih... 
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... 
Mesti mak nampak abang cium dahi mak... 
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak... 
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... 
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...
Mak tau tak... 
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... 
Adik kat sebelah diam melayan perasann... 
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... 
Jalan di depan terasa makin kelam... 
Airmata dah tak mampu di tahan... 
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... 
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... 
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini... 
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya... 
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...
Mak... 
Kiter masih ingat lagi... 
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... 
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ... 
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi... 
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak... 
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan... 
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter... 
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.." 
Bila makcik tu kata gitu... 
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak... 
Sampai takat ini surat ni kiter tulis... 
kiter nangis ni... 
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi... 
Takder orang yang bangun lagi... 
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..! 
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh, 
Kiter baca yassin untuk mak... 
Mak tunggu ya..!
Mak.. 
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... 
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir... 
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja... 
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak... 
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk... 
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya... 
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... 
Airmata kiter tak boleh tahan... 
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... 
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah... 
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... 
Badan akak terasa panas... 
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... 
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... 
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib... 
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan... 
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
Kiter cuba bertahan... 
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... 
Kiter rasa nak telefon mak... 
Nak cakap dengan mak... 
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... 
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter... 
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.." 
Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... 
Rasa nyilu sangat... 
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni... 
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak... 
Cukup la sampai sini dulu... 
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu... 
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... 
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ... 
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... 
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula... 
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje... 
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca... 
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... 
akhir kata untuk mak 
I LOVE YOU SO MUCH 
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... 
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. 
Sampai masuk universiti.. 
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... 
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil


Read More

Aqidah dan Ukhuwah

| |
0 comments

  

Akhyar  dalam tulisan, posting hari ini,  “Belajar  dari Kekalahan  Perang  Uhud”, telah menyadarkan kita  kembali  betapa ummat  Islam di hari ini berada pada posisi yang  memprihatinkan, lemah,  lemah  hampir dalam setiap lapangan.  Perang  Teluk  yang makin  memecah-belah  ummat, demokrasi Aljazair,pembantaian  di Bosnia-Hercegovina, pengusiran di Myanmar, intifhadah  Palestina, Afghanistan.  Ummat Islam tersudut dan terus tersudut.  

Demokrasi yang sangat diagungkan di Inggris dan Amerika, hanyalah benar dan berlaku selama menguntungkan Barat, namun manakala kaum  muslimin yang menang, maka demokrasi hanyalah tinggal nama, telah terlucu ti maknanya. Maka demokrasi kental dalam makna “alat untuk mengu kuhkan  hegemoni Barat”, dan tidak untuk Aljazair. Ketika  perang Teluk berkobar, respon untuk membantu Quwait segera  berdatangan, dan  bayangkan  bagaimana sibuknya Amerika,  dengan  gaya  Polisi Dunia.  Bandingan  dengan kasus Palestina dan Bosnia.  Adilkah  ?  Jangan tanya soal keadilan disini. Sebab keadilan telah diperhambakan  pada hegemoni mereka, keadilan hanyalah untuk  kepentingan mereka.  Konsep  keadilan  yang murni telah  sirna.  Negara  kuat adalah negara kuat, negara lemah tidak akan pernah mempunyai  hak yang  sama  dengan negara kuat, meski  itu  tertulis  besar-besar dalam prasasti atau dokumen. Negara kuat apapun tindakannya dapat dikemas menjadi “keadilan”.

Ummat  di  hari ini dalam keadaan lemah;  kemampuan  militer, ekonomi,  ilmu  pengetahuan, dan kebudayaan  telah  terkubur  dan sepertinya  ingin  dilupakan, kalaupun tidak  maka  kini  menjadi nostalgia  manis  belaka.  Sejarah mencatat  betapa  ummat  Islam hampir-hampir   tidak  pernah  kalah  dalam  setiap   pertempuran fisik/militer,  meski dengan jumlah prajurit yang lebih  sedikit, bahkan imperium Romawi, yang besar, dikalahkan Jenderal  Shalahu din dalam Perang Salib. Ilmu pengetahuan dan budaya Islam  memim pin  dunia lebih dari 600 tahun; 350 tahun sebelum tahun  1100  M dan 250 tahun setelah tahun 1100 M. Karya tenun Persia,  arsitek tur  Islam,  bahkan  cerita seribu satu  malam  seperti;  Aladin, Simbad, Ali Baba, Abu Nawas, memukau banyak budayawan Barat.

Pertanyaannya,  mengapa  ummat  terdahulu  demikian   anggun, cemerlang,  bayangkan pemerintahan Islam di Cordoba, Spanyol  dan kini menjadi lemah dan sangat lemah, bahkan terinjak dan  dihina bang  ummat Islam ? Jawaban dari pertanyaan ini hendaklah  muncul dari perenungan diri, perenungan atas masa lampau, masa kini, dan peran yang diemban ummat untuk masa depan.

Ummat  terdahulu lebih perduli akan ayat-ayat  Allah.  Ketika mereka  diperintahkan  untuk  menafakuri  ciptaan  Allah,  mereka berfikir  dan  hasilnya adalah Iptek. Rasa cinta  pada  Al  Islam muncul dalam karya-karya arsitektur masjid, tenunan dll.  Diyaki ni, bahwa kemenangan PASTI Allah berikan kepada orang-orang  yang beriman  hanya  dan  hanya bila  orang-orang  beriman  menjadikan Allah,  rasul-Nya, dan orang-orang beriman sebagai  penolong  dan tidak pada toghut.

“Dan barang siapa mengambil Allah, rasul-Nya dan orang-orang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang PASTI menang “  (Qur’an 5:56)

Nah, selama ummat Islam hari ini tidak melaksanakan  perintah ini, maka menjadi wajar kalau menjadi kalah dalam setiap lapangan baik  fisik maupun intelektual. Andaipun kemenangan yang  datang, maka  itu bukanlah kemenangan yang haq.  Sesungguhnya  kemenangan yang haq itu hanya akan muncul setelah Allah dan rasul-Nya menan cap kokoh dalam sanubari seorang mukmin, menjadikan Allah sebagai ilah  dan  rasul-Nya  sebagai tauhidul  uswah,  serta  menjadikan orang-orang  beriman sebagai saudara—ukhuwah. Ummat  Islam  akan selalu menang selama 2 potensi Islam: aqidah dan ukhuwah dimiliki dan mewujud dalam realitas.

Islam  dengan potensi ukhuwahnya, dalam sejarah  terbuktikan, mampu  mempersatukan suku-suku Quraish, mendamaikan suku Aus  dan Khazraj di Madinah yang sebelumnya selalu bermusuhan. Suku,  ras, dan bangsa memang telah ada di bumi dan merupakan sunatullah  (Al Hujarat:13), namun Islam menolak faham yang menempatkan loyalitas tertinggi,  pengabdian, pada ras, suku, atau bangsa.  Ras,  suku, atau bangsa tidak layak untuk itu. Loyalitas tertinggi, pengabdi an  hanya  untuk Allah. Berperang bukan  untuk  menjadi  pahlawan bangsa,  tapi  sebagai syuhada, berperang di jalan  Allah,  untuk mempertahankan aqidah. Suku Aus setelah memeluk Islam tetap  suku Aus  begitupula suku Khazraj. 

Namun setelah  mereka  bersyahadat, menyatakan  hanya Allah saja tempat pengabdian, hanya Allah  saja yang  berhak  menerima loyalitas tertinggi, maka  suku  Aus  atau Khazraj  adalah  sama, sama-sama hamba Allah, dan  hanyalah  yang bertaqwa  yang kedudukannya tinggi di hadapan Allah, mereka  ter pautkan dalam tali aqidah, dan mereka tidak lagi menganggap bahwa suku  mereka  lebih baik dari suku yang lain. Ras,  suku,  bangsa hanyalah  soal  ruang, geografis, dan administratif  dan  mencair akan  cahaya  aqidah,  ukhuwah, serta aturan Al  Islam.  Tak  ada perbedaan antara Salman Al Parisi, yang dari persia, atau Hudzai fah  al Yamani (yang berasal dari Yaman). Suku, Ras, atau  bangsa bukanlah perbedaan yang berarti dalam Islam.

Potensi  ukhuwan sendiri muncul mengikuti potensi aqidah  dan ukhuwah  merupakan  ni’mat yang Allah berikan, yang  muncul  atas kehendak Allah.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada TALI ALLAH, dan janganlah  kamu  bercerai-berai, dan ingatlah  akan ni’mat Allah kepadamu, ketika kamu dahulu (masa  jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu MENJADILAH KAMU KARENA NI’MAT ALLAH orang-orang yang BERSAUDARA “ (Qur’an  3:103)

Allah   memmerintahkan orang-orang yang beriman  untuk  berpegang pada tali-tali Allah, tali aqidah, buhul tali yang amat kuat yang tidak  akan  putus (Qur’an  2:256), buhul tali  yang  mengalahkan bukan  saja kesamaan ras, suku, atau bangsa, bahkan mampu  menga lahkan  pertalian darah (kisah ketika Rasulullah hijrah ke  Madi nah,  banyak  kaum  muslimin Mekkah  yang  terpaksa  meninggalkan keluarga, saudara sedarah demi tali aqidah ). Lalu manakala  hati setiap mukmin telah terikat pada tali aqidah yang tungal, seorang mukmim sudah demikian yakin bahwa hanya Allah saja yang dia tuju, ridla  Allah saja yang dia harap, hanya Allah saja  wa’la,  ilah, Khalik,  Malik, Hakim, Pemberi Rizki manusia, barulah Allah  akan menurunkan  ni’mat-Nya  berupa persaudaraan,  ukhuwah  Islamiyah.  Hanya Allah saja yang mampu mempersatukan hati setiap mukmin.

“ walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada
di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati
mereka (orang-orang beriman), akan tetapi Allah telah
mempersatukan hati mereka “
(Qur’an 8:63)

Dengan demikian ukhuwah adalah persaudaraan aqidah, persauda raan hati, bukan sekedar persaudaarn fisik apalagi lisan—persaudaraan  yang  menyatukan ummat sebagai jasad yang  tunggal.  Maka saudara-saudara di Bosnia, Palestina dll. tak berbeda dengan diri kita  sendiri,  dengan sanak famili kita, dengan  bapak/ibu  atau anak-anak kita.

Akhirnya  mari  kita bermuhasabah, untuk menilai  diri  kita, sudahkah aqidah tauhid ini tegak dalam diri kita, sudahkah ni’mat ukhuwah  meresapi hati dan pori-pori badan kita,  sudahkah  tali-tali Allah merapatkan kita dalam barisan yang teratur seakan-akan seperti  bangunan  yang kokoh yang sangat disukai Allah  ?  Kalau ummat  di  hari ini masih lebih mencintai  kaum  keluarga,  harta kekayaan/materi, perniagaan dari pada Allah, rasul-Nya, dan jihad di  jalan-Nya, maka tunnggulah sampai Allah mendatangkan  keputu san-Nya,  kekalahan  beruntun,  terinjak,  dan  terhinakan  dalam setiap lapangan, sampai Allah menurunkan suatu kaum dimana  Allah mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya, beriskap lemah  lembut terhadap  orang-orang mukmin, yang bersikap keras terhadap  orang yang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut terhadap celaan orang-orang yang suka mencela. (Qur’an 9:24 dan 5:54).

Read More

Saturday, June 18, 2011

Animated Recent Post Widget

| |
0 comments

Meletakkan animated recent post widget dapat men'stail'kan lagi cara paparan recent post yang ada pada blog anda. Contoh recent post widget adalah seperti berikut.

(tunggu page habis load utk tengok pergerakan, pergerakan sebenar adalah lebih perlahan dan lancar)


Berikut adalah cara-cara untuk menggunakan widget ini.

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. copy code berikut dan paste di ruangan HTML/javascript







get this widget here


Note: gantikan URL BLOG dengan url blog anda..

3. Save dan lihat hasilnya.

-------------------

PERHATIAN: Didapati tidak semua template blog 'boleh masuk' dengan widget ini. Kemungkin sebahagian besar boleh menggunakan widget ini. Oleh itu anda boleh mencuba dahulu samada boleh guna atau tidak untuk blog anda. Masih belum jumpa penyelesaian untuk itu.

Harap blog anda boleh menggunakan widget ini.
Selamat mencuba.:)
Read More

Friday, June 17, 2011

Ijab & qabul

| |
0 comments





Gambar akak kpd sahabat saya...
nmpak nice bila sje2 edit mcm ni...:)
Read More

Tuesday, June 14, 2011

Hukum Hudud di Malaysia Menjadi Realiti?

| |
0 comments

4946859787 e933f88fa7 Hukum Hudud di Malaysia Menjadi Realiti?
Malaysia memang tak boleh laksanakan hukum hudud di Malaysia disebabkan perlembagaan kita sendiri tidak membenarkannya. Hukum hudud juga tidak boleh dilaksanakan di mana-mana negeri dalam negara ini selagi perkara 4 dan perkara 75 dalam Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda.
Satu-satu pindaan dalam perlembagaan boleh dibuat sekiranya mendapat sokongan 2/3ahli Dewan Rakyat. Maka kalau jika benar anda berhajat sekarang hukum hudud dilaksanakan, anda perlu memastikan 2/3 kerusi parlimen di Dewan Rakyat diisi dari kalangan ahli parlimen yang menyokong pelaksanaan undang-undang hudud. Kalau tidak, rancangan dan cadangan untuk dilaksanakan nanti hanyalah sebuah angan-angan sahaja!
Kita pergi ke aras seterusnya pula. Yang mungkin menjadi persoalan dahulu, adakah iman dahulu atau hukum hudud dahulu? Soalan yang mungkin susah untuk dijawab. Tetapi disebabkan Islam itu syumul. Islam itu adDin, pasti akan ada jawapannya. Adakah disebabkan kita nak tunggu iman dalam diri sempurna, kita ketepi satu syariat Allah? Adakah benar-benar terjamin apabila kita letak ketepi dahulu syariat Islam iman sebilangan besar umat Islam akan benar-benar akan bertambah baik? Mungkin benar, ada sebilangan yang akan menampakkan perubahan. Bagaimana pula dengan sebilangan besar yang lain?
Kalau kita tak buat salah, kenapa perlu takut dengan hukum hudud?
Kenapa masih disebut Islam sebagai agama? Sedangkan Islam itu adDin,  meliputi seluruh aspek kehidupan yang tiada terkecuali. Apabila kita letak ketepi salah satu daripada syariat Islam iatu hukum hudud, ini bermakna kita tidak mengakui Islam itu adalah adDin. Disebabkan kita nak tunggu iman kuat, kita tidak laksnakan hukum hudud. Yang menjadi persoalan sekarang, adakah berlaku penambahbaikan dalam sistem masyarakat kita di Malaysia? Makin parah adala… Macam mana iman nak sempurna, solat langsung tak buat. Kalau ada orang Islam yang tidak solat, boleh dakwa ketika ini untuk orang Islam yang seperti ini
Apabila menggunakan sistem perundangan manusia, ia mudah untuk dimanipulasikan untuk kepentingan peribadi. Ada yang mengaku Islam, tetapi selamba sahaja menonggang arak. Hukum hudud diturunkan bukannya untuk menganiaya manusia dan manusia juga tidak berhak menghukum sesama manusia kerana Allah sahaja yang layak untuk menghukum hambanya. Ini kerana hukum hudud  ini adalah untuk menginsafkan manusia daripada membuat kesalahan dan mengaku akan kesalahannya. Sudah semestinya untuk mengelakkan manusia menerima azab yang lebih pedih di akhirat kelak.
Hukum hudud adalah hukum Allah, hukum yang termaktub dalam Al-Quran. Tak perlu rasa was-was untuk melaksanakannya dan tak perlu mempersoalkan perlaksanaan hukumannya atau bentuk hukumannya semata-mata nak menunjukkan kononnya ada batas-batas dan halangan untuk dilaksanakan di Malaysia.
Sepertimana Allah s.w.t mewujudkan kita dengan segala sifat. Kenapa kita tidak mempersoalkan. Kenapa kaki kita tidak satu? Kenapa mesti dua?
Di Madinah, Nabi Muhammad tak perlu tunggu sampai 53 tahun untuk mendirikan kerajaan Islam. Bahkan disekelilingnya pada masa itu, majoritinya adalah bukan Islam. kenapa boleh pula?  Akhirnya keindahan Islam berjaya dipertontonkan kepada orang bukan Islam. Orang bukan Islam pun terima., yang bukan Islam masih nak berdalih?
4947448708 8d712d0bc7 Hukum Hudud di Malaysia Menjadi Realiti?
PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tentangan terhadap pelaksanaan hukum hudud di negara ini oleh DAP jelas menunjukkan sikap sebenar parti itu terhadap perjuagan mereka dalam Pakatan Rakyat. “Inilah sikap sebenar mereka, menentang hukum Islam dan mahu menegakkan sebuah negara sekular semata-mata. “Sikap toleransi dan hormat-menghormati tidak ada dalam prinsip perjuangan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil dalam menangani masalah jenayah dan sosial. Karpal dilaporkan berkata, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa hanya Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain yang boleh digunakan, justeru tidak ada ruang untuk undang-undang hudud.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, rakyat perlu membuka mata dan menilai kebiadaban sikap pembangkang seperti DAP yang tidak faham dengan syariat Islam yang sebenar. “Mereka perlu faham, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas orang Islam yang didapati bersalah dan bukan mudah untuk hukuman seperti potong tangan dilaksanakan. “Ada banyak perkara perlu diambilkira, DAP perlu sedar perkara sebegini mencerminkan sikap sebenar mereka terhadap agama Islam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi berkata beliau sedia bertemu dengan mana-mana pihak termasuk Karpal dan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang bagi menjelaskan konsep hukuman hudud secara terperinci. “Kita sedia bertemu dengan sesiapa sahaja termasuk pemerintah bagi menjelaskan bagaimana syariat Islam dan hukum hudud berperanan memulihkan peradaban yang kian runtuh hari ini. “Sudah tiba masanya untuk Islam dan syariatnya dilaksanakan.
Kenapa mahu menolak sedang masyarakat dan negara belum menyaksikan bagaimana syariat Islam beroperasi membetulkan segala sistem nilai dan maruah bangsa yang tercalar teruk pada hari ini,” katanya. Nasrudin berkata, Islam bukanlah sekadar menjalankan hukuman semata-mata tetapi penyelesaian secara bestari dan berhikmah serta mempunyai pakej penyelesaian yang cukup baik bermula daripada pendidikan, pembentukan minda dan peribadi, pencegahan, pemantauan, alternatif seterusnya hukuman setimpal. “Hukuman berat tidak menjamin keberkesanan seperti hukuman gantung sampai mati ke atas pengedar dadah. “Biarpun hukuman itu keras dan berat, namun realitinya pengedaran dadah semakin berleluasa,” katanya. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya perlaksanaan syariat Islam dan hukum hudud dijalankan, pelbagai pihak sibuk mencari formula bagaimana mahu mengatasi kemelut sosial yang parah ini. 
4946859877 e4664dc3ae Hukum Hudud di Malaysia Menjadi Realiti?
Tidak kisah samada parti politik mana sekalipun samada PAS atau UMNO yang nak laksanakan hukum hudud ini, tapi apabila mula dilaksanakan nanti, semua pihak wajib memberikan komitmen. Jangan buat sekerat jalan, harapnya.  Jika betul Kerajaan Malaysia ingin melaksanakan hukuman hudud, ianya sepatutnya telah bermula. Perlembagaan perlu dipinda. Selepas meraih simpati dan undi rakyat Islam semuanya senyap semula. Harap tidak begitu. Tetapi kemungkinan tetap ada. Itulah namanya permainan politik.
“Walaubagaimanapun, kami tetap bersangka baik”
Melihatkan senario kes jenayah yang kian buruk di Malaysia menuntut satu bentuk perundangan yang lebih baik. Yang lebih baik itu sudah tentu dari PENCIPTA manusia itu sendiri, Allah Rabul Jalil iaitu hukum hudud. Undang-undang dibuat bukan sahaja untuk peringatan sebaliknya untuk memberi pendidikan dan pengajaran. Hukuman kepada si pelaku, pengajaran kepada yang lain. Lantaran itu, hukuman dilaksanakan di khalayak ramai.
Read More

Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains

| |
0 comments




“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
PANDANGAN ULAMA TAFSIRHukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana  sabda Nabi Muhammad  SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan  perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada  perkara berikut :1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.





PERBAHASAN
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin 
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUDBuat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.





IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUDSistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)2.Tindakbalas pembaikan sel
Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat  mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

HIKMAH MANDI WAJIBAdalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.
Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.
Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUBKenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Pesanan Hari Ini

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

by Ahmad AlFateh