Tuesday, June 14, 2011

Hukum Hudud di Malaysia Menjadi Realiti?

| |

4946859787 e933f88fa7 Hukum Hudud di Malaysia Menjadi Realiti?
Malaysia memang tak boleh laksanakan hukum hudud di Malaysia disebabkan perlembagaan kita sendiri tidak membenarkannya. Hukum hudud juga tidak boleh dilaksanakan di mana-mana negeri dalam negara ini selagi perkara 4 dan perkara 75 dalam Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda.
Satu-satu pindaan dalam perlembagaan boleh dibuat sekiranya mendapat sokongan 2/3ahli Dewan Rakyat. Maka kalau jika benar anda berhajat sekarang hukum hudud dilaksanakan, anda perlu memastikan 2/3 kerusi parlimen di Dewan Rakyat diisi dari kalangan ahli parlimen yang menyokong pelaksanaan undang-undang hudud. Kalau tidak, rancangan dan cadangan untuk dilaksanakan nanti hanyalah sebuah angan-angan sahaja!
Kita pergi ke aras seterusnya pula. Yang mungkin menjadi persoalan dahulu, adakah iman dahulu atau hukum hudud dahulu? Soalan yang mungkin susah untuk dijawab. Tetapi disebabkan Islam itu syumul. Islam itu adDin, pasti akan ada jawapannya. Adakah disebabkan kita nak tunggu iman dalam diri sempurna, kita ketepi satu syariat Allah? Adakah benar-benar terjamin apabila kita letak ketepi dahulu syariat Islam iman sebilangan besar umat Islam akan benar-benar akan bertambah baik? Mungkin benar, ada sebilangan yang akan menampakkan perubahan. Bagaimana pula dengan sebilangan besar yang lain?
Kalau kita tak buat salah, kenapa perlu takut dengan hukum hudud?
Kenapa masih disebut Islam sebagai agama? Sedangkan Islam itu adDin,  meliputi seluruh aspek kehidupan yang tiada terkecuali. Apabila kita letak ketepi salah satu daripada syariat Islam iatu hukum hudud, ini bermakna kita tidak mengakui Islam itu adalah adDin. Disebabkan kita nak tunggu iman kuat, kita tidak laksnakan hukum hudud. Yang menjadi persoalan sekarang, adakah berlaku penambahbaikan dalam sistem masyarakat kita di Malaysia? Makin parah adala… Macam mana iman nak sempurna, solat langsung tak buat. Kalau ada orang Islam yang tidak solat, boleh dakwa ketika ini untuk orang Islam yang seperti ini
Apabila menggunakan sistem perundangan manusia, ia mudah untuk dimanipulasikan untuk kepentingan peribadi. Ada yang mengaku Islam, tetapi selamba sahaja menonggang arak. Hukum hudud diturunkan bukannya untuk menganiaya manusia dan manusia juga tidak berhak menghukum sesama manusia kerana Allah sahaja yang layak untuk menghukum hambanya. Ini kerana hukum hudud  ini adalah untuk menginsafkan manusia daripada membuat kesalahan dan mengaku akan kesalahannya. Sudah semestinya untuk mengelakkan manusia menerima azab yang lebih pedih di akhirat kelak.
Hukum hudud adalah hukum Allah, hukum yang termaktub dalam Al-Quran. Tak perlu rasa was-was untuk melaksanakannya dan tak perlu mempersoalkan perlaksanaan hukumannya atau bentuk hukumannya semata-mata nak menunjukkan kononnya ada batas-batas dan halangan untuk dilaksanakan di Malaysia.
Sepertimana Allah s.w.t mewujudkan kita dengan segala sifat. Kenapa kita tidak mempersoalkan. Kenapa kaki kita tidak satu? Kenapa mesti dua?
Di Madinah, Nabi Muhammad tak perlu tunggu sampai 53 tahun untuk mendirikan kerajaan Islam. Bahkan disekelilingnya pada masa itu, majoritinya adalah bukan Islam. kenapa boleh pula?  Akhirnya keindahan Islam berjaya dipertontonkan kepada orang bukan Islam. Orang bukan Islam pun terima., yang bukan Islam masih nak berdalih?
4947448708 8d712d0bc7 Hukum Hudud di Malaysia Menjadi Realiti?
PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tentangan terhadap pelaksanaan hukum hudud di negara ini oleh DAP jelas menunjukkan sikap sebenar parti itu terhadap perjuagan mereka dalam Pakatan Rakyat. “Inilah sikap sebenar mereka, menentang hukum Islam dan mahu menegakkan sebuah negara sekular semata-mata. “Sikap toleransi dan hormat-menghormati tidak ada dalam prinsip perjuangan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil dalam menangani masalah jenayah dan sosial. Karpal dilaporkan berkata, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa hanya Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain yang boleh digunakan, justeru tidak ada ruang untuk undang-undang hudud.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, rakyat perlu membuka mata dan menilai kebiadaban sikap pembangkang seperti DAP yang tidak faham dengan syariat Islam yang sebenar. “Mereka perlu faham, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas orang Islam yang didapati bersalah dan bukan mudah untuk hukuman seperti potong tangan dilaksanakan. “Ada banyak perkara perlu diambilkira, DAP perlu sedar perkara sebegini mencerminkan sikap sebenar mereka terhadap agama Islam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi berkata beliau sedia bertemu dengan mana-mana pihak termasuk Karpal dan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang bagi menjelaskan konsep hukuman hudud secara terperinci. “Kita sedia bertemu dengan sesiapa sahaja termasuk pemerintah bagi menjelaskan bagaimana syariat Islam dan hukum hudud berperanan memulihkan peradaban yang kian runtuh hari ini. “Sudah tiba masanya untuk Islam dan syariatnya dilaksanakan.
Kenapa mahu menolak sedang masyarakat dan negara belum menyaksikan bagaimana syariat Islam beroperasi membetulkan segala sistem nilai dan maruah bangsa yang tercalar teruk pada hari ini,” katanya. Nasrudin berkata, Islam bukanlah sekadar menjalankan hukuman semata-mata tetapi penyelesaian secara bestari dan berhikmah serta mempunyai pakej penyelesaian yang cukup baik bermula daripada pendidikan, pembentukan minda dan peribadi, pencegahan, pemantauan, alternatif seterusnya hukuman setimpal. “Hukuman berat tidak menjamin keberkesanan seperti hukuman gantung sampai mati ke atas pengedar dadah. “Biarpun hukuman itu keras dan berat, namun realitinya pengedaran dadah semakin berleluasa,” katanya. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya perlaksanaan syariat Islam dan hukum hudud dijalankan, pelbagai pihak sibuk mencari formula bagaimana mahu mengatasi kemelut sosial yang parah ini. 
4946859877 e4664dc3ae Hukum Hudud di Malaysia Menjadi Realiti?
Tidak kisah samada parti politik mana sekalipun samada PAS atau UMNO yang nak laksanakan hukum hudud ini, tapi apabila mula dilaksanakan nanti, semua pihak wajib memberikan komitmen. Jangan buat sekerat jalan, harapnya.  Jika betul Kerajaan Malaysia ingin melaksanakan hukuman hudud, ianya sepatutnya telah bermula. Perlembagaan perlu dipinda. Selepas meraih simpati dan undi rakyat Islam semuanya senyap semula. Harap tidak begitu. Tetapi kemungkinan tetap ada. Itulah namanya permainan politik.
“Walaubagaimanapun, kami tetap bersangka baik”
Melihatkan senario kes jenayah yang kian buruk di Malaysia menuntut satu bentuk perundangan yang lebih baik. Yang lebih baik itu sudah tentu dari PENCIPTA manusia itu sendiri, Allah Rabul Jalil iaitu hukum hudud. Undang-undang dibuat bukan sahaja untuk peringatan sebaliknya untuk memberi pendidikan dan pengajaran. Hukuman kepada si pelaku, pengajaran kepada yang lain. Lantaran itu, hukuman dilaksanakan di khalayak ramai.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Pesanan Hari Ini

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

by Ahmad AlFateh