Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam...bersyukur keHadratNya Fateh masih dikurniakan nikmat Iman & Kehidupan, mampu untuk meneruskan hari-hari seperti biasa..
Insyaallah, hari ini Fateh Ingin berkongsi satu kisah "2 hati mencari redhaNya"..ini bukan jiwang ke, nak menunjuk-nunjuk ke..Tidak sama sekali..tetapi ia merupakan kisah hidup seorang Putera yang mencari-cari teman hidup telahpun dijumpainya....
Sedikit latar belakang tentang Putera ini..diberikan nama sempena "Kemuliaan yg Sempurna" cari dalam bahasa arabnya :) , dilahirkan di Kuala Lumpur tetapi dibesarkan di Negeri Sembilan..:) seorang yang jahil mengenai kehidupan..dan kini telahpun tamat pengajiannya dalam bidang Syariah & Perundangan di salah sebuah IPT di Selangor dan kini mencari-cari peluangg pekerjaan...:) ini je kot,sebab nak crita details panjang nanti..
Kisahnya bermula apabila ketika beliau Tingkatan 5 di salah sebuah Sekolah Menengah Agama di Negeri Sembilan..apa yang terjadi ialah, ketika itu beliau merupakan Ketua Umum di Sekolah tersebut..jadi faham-fahamla tugas seorang ketua, macam-macam nak kena fikir dengan ragam anak buahla, pelajar2 lain laa...adoi, mesti peningkan?he4...jadi, ketika itu beliau telahpun mengagihkan anak buahnya dibeberapa kelas yang ada kerana guru2 ada meeting, sampailah padanya hanya tinggal 1 kelas sahaja tiada pengawas untuk jaga iaitu kelas tinkatan 1 Ibnu Sina..so, beliau pun ambil tempat itu...
Kalau dah jaga kelas tu,takkan diam jekan..mesti ada input & outputnya..he4..so, beliau pun ber"taaruf" adik-adik tingkatan satu...sorang demi sorang sehingga selesai...tapi, beliau tertarik kepada seseorang pelajar perempuan, mestilahkan..takkan laki pula...he4..so, kerana apa tertarik??haa...ni bukan "cantik menarik tertarik kau memang Da Bomb"...tu lagu....he4...sebabnya masa sesi soal jawab tu, kawan-kawan dia kata dia "MALU" nak berborak dengan lelaki jadi suaranya slow sangat...huh..sungguh tak pernah beliau jumpa orang sepertinya...beliaupun terpaku seketika..di benak fikirannya, "Ya Allah, sungguh hebat AgamaMu mendidik hamba-hambaMu"....anda mesti tahukan perwatakan seorang yang pemalu??....ya, ia mesti MENJAGA segala-galanya...bukan bermakna yang lain tidak menjaga, tetapi dek kerana percakapan pun ia membataskan yang bukan mahramnya...Allah, Hebat2...he4, cukupla tu ye...takut memuja plak...:)
Teringat dalam sebuah lagu yang berbunyi..
Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni
Lagu: Rabbani
Sehinggalah tiba trial SPM, si Putera tidak lagi berhubung dengannya...selesai spm pun tidak ada khabar darinya....erm, sedih juga....bukan mengharap apa2, tetapi hati telah terpikat padanya...itulah yang dikatakan rindu..dan mengharapkan RedhaNya..
2 tahun berlalu tanpa sebarang khabar berita...ketika itu, Allah betul2 menguji iman dan tahap kesetiaan padanya..."kesetiaan padanya"?..ya, beliau bukan bercinta, tapi sentiasa berdoa agar satu hari Allah akan temukan dia semula...:) si putera bukanlah memilih pangkat, darjat, harta atau pun nama...akan tetapi apa yang disyariatkan, itulah yang putera ini mahukan....agar Redha Allah menyebelahinya...amin..
bersambung.....
0 comments:
Post a Comment