Thursday, May 26, 2011

Faktor-faktor perceraian umat islam : Kajian Kes@Tesis Nukilan Emas 2011

| |


TINJAUAN KAJIAN

Keluarga merupakan sebuah institusi yang menjadi asas kepada pembinaan seluruh sistem sosial dan kebudayaan islam. Keluarga juga merupakan sebuah amanah yang telah dimandatkan oleh Allah s.w.t kepada hamba-Nya untuk dijaga dan disemai dengan kasih sayang dengan seikhlasnya. Fungsi utama sesebuah institusi kekeluargaan adalah untuk mewujudkan suasana Islam dalam menjalani kehidupan harian supaya ia dapat berkembang dan melahirkan pemangkin yang intelektual pada masa depan.

Menjaga dan mempertahankan sebuah institusi keluarga adalah satu tanggungjawab besar yang perlu ditunaikan oleh suami isteri. Di dalam sebuah keluarga, sifat kasih sayang, toleransi, saling bekerjasama dan keadilan bersama hendaklah dipupuk dalam jiwa setiap ahli keluarga.

Perkahwinan adalah permulaan bagi setiap keluarga. Dengan ini bermulalah kehidupan antara suami dan isteri secara mutlak. Perkahwinan sebagai mana dengan ibadah yang lain berrmatlamatkan keredhaan Illahi dan ia merupakan wasilah yang terbaik untuk mengecapi kebahgiaan hidup yang telah ditetapkan oleh syarak.

Namun, “Disangka panas hingga kepetang, rupanya hujan di tengah hari” merupakan satu peribahasa yang sesuai untuk sebuah perkahwinan yang tidak dapat bertahan atas sebab-sebab tertentu dan jalan penyelesaian terbaik yang oleh Islam adalah melalui perceraian. Walaupun perceraian  tidak digalakkan dalam islam, namun itulah satu-satunya cara penyelesaian terakhir kepada pasangan yang bermasalah. Oleh itu, pasangan haruslah menerima hakikat bahawa keruntuhan rumahtangga akan terjadi sekiranya masalah tidak dapat diatasi dengan segera.

Atas dasar ingin tahu, maka latihan ilmiah ini telah dilaksanakan dengan tajuk “Faktor-faktor perceraian umat islam : kajian kes di mahkamah syariah Port Dickson” bertujuan untuk mengetahui faktor sebenar yang menyumbang kepada berlakunya perceraian.



1.2       PERSOALAN KAJIAN

Terdapat beberapa persoalan kajian yang telah timbul dalam latihan ilmiah ini dan perlu diselesaikan oleh pengkaji, antaranya:

1.2.1    Konsep penceraian menurut islam
1.2.2    Faktor-faktor penceraian yang didaftarkan di Mahkamah Syariah Port Dickson Negeri Sembilan.
1.2.3    Statistik yang berkaitan dengan kes penceraian yang didaftarkan di Mahkamah Syariah Port Dickson Negeri Sembilan.

1.3       OBJEKTIF KAJIAN

Selain daripada menghuraian dan memahami latar belakang masalah, penulis juga iingin menerangkan objektif kajian yyang dibuat. Disini penulis ingin menerangkan beberapa objektif kajian yang dibuat :

1.3.1    Mengetahui faktor yang menyumbang kepada berlakunya penceraian.
1.3.2    Menghuraikan jenis-jenis penceraian     yang telah ditetapkan oleh syarak.
1.3.3    Memenuhi syarat penganugerahan Diploma Syariah dan Perundangan Islam di    Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
           
1.4       HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian merupakan satu jangkaan atau tanggapan awal yang dilakukan oleh penulis terhadap sesuatu kajian1. Dalam kajian ini, penulis membuat beberapa tanggapan awal sebagai garis panduan dalam melakukan kajian ini :
1.4.1    Ramai yang mendakwa penceraian merupakan satu jalan yang mudah bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam perkahwinan.
1.4.2    Faktor utama yang menyebabkan penceraian adalah sikap tidak bertanggungjawab dan tiada toleransi antara pasangan.
1.4.3    Penceraian mungkin juga boleh berlaku apabila wujudnya orang ketiga dalam perhubungan suami dan isteri.
1.4.4    Institusi kekeluargaan yang lemah merupakan salah satu penyebab penceraian terus berlaku.

1.5       SKOP KAJIAN

Skop kajian merupakan satu perkara yang penting dalam menyiapkan latihan ilmiah ini.  Skop kajian perlu bagi memudahkan pembaca mengetahui perkara yang dikaji oleh penulis.
Berpandukan kepada tajuk kajian ini, pengkaji menumpukan kajian di Mahkamah Syariah Port Dickson dengan membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya penceraian.


Definisi

Talaq dari segi bahasa membawa erti melepaskan dan dari segi istilah syarak pula membawa maksud melepaskan ikatan pernikahan dengan kata-kata atau lafaz yang menunjukkan talaq.1 walaupun islam menghalalkan talaq atau perceraian, tetapi ia merupakan perkara halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t.2 Hal ini diselaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Ibn Umar :3


أبغض الحلال إلى الله الطلاق

Terjemahan : Perkara halal yang paling dibenci allah (S.W.T.) ialah talaq.

Hanya islam yang menghalalkan talaq, sedangkan agama lain semuanya mengharamkannya. Namun jelas kesempurnaan dan keunggulan islam islam yang telah menghalalkan talaq, dengan syarat-syarat yang amat ketat. Ertinya talaq dihalalkan akan tetapi ianya bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan sewenang-wenangnya. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi :5
 امرلت زوجها الطلاق من غير بأس فحرام عليها رائحة الجنةأيما
Terjemahan : Mana sahaja perempuan yang meminta kepada suaminya supaya ditalaqkan tiada suatu sebab, diharamkan ke atasnta mencium bau syurga.
 

1Abu Urwah, Wanita dan kekeluargaan, Petaling jaya : Pustaka Salam, 1986, hlm 103.
2B. Aisha Lemu and Fatima Heeren, Woman In islam, Leicester : The Islamic Foundation, 1987, hlm 21.
3Syeikh Hj. Muhammad Yunus bin Hj. Mohd. Yatim, Panduan Suami Isteri, Melaka : Jabatan Agama Islam Melaka, (t.t.), hlm 46.
4Morteza Mutahhari, Wanita dan Hak-Haknya dalam Islam, Bandung : Pustaka, 1986, hlm 219.
5Pedoman Suami Isteri, hlm46.



1.6       METODOLOGI PENYELIDIKAN
Penyelidikan merupakan satu aktiviti mengumpul dan menganalisis data. Ia juga merupakan salah satu usaha yang teratur dalam mencari jawapan-jawapan kepada persoalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang mudah untuk dikenal pasti.
Metodologi penyelidikan adalah berasal dari bahasa Yunani “Metodos” yang bermaksud cara dan “Logos” bererti ilmu.2 Metodologi Penyelidikan bermakna ilmu tentang cara penyelidik ataupun ilmu tentang cara melakukan penyelidikan. Metode merupakan perkara yang penting dalam sesuatu kajian sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan.
Penyelidikan juga merupakan usaha-usaha teratur bagi mencari jawapan kepada soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenal pasti.3 Metodologi penyelidikan adalah aktiviti yang berhubung dengan usaha memperolehi dan menganalisis maklumat untuk mengenal pasti dan menyelesaikan sesuatu masalah.4
Dalam melakukan sesuatu kajian ilmiah, metode merupakan perkara yang penting untuk menyediakan  mutu penyelidikan dengan lebih sistematik. Metodologi diertikan sebagai cabang yang merumuskan dan menganalisis prinsip-prinsip yang terangkum di dalamnya untuk mendapat kesimpulan.
Oleh itu, bagi memudahkan pengkaji untuk melaksanakan kajian, pengkaji telah menggunakan beberapa metode iaitu penentuan subjek, metode pengumpulan data dan metode analisis data.

3 comments:

salam..
ini tesis saudara ke??sy minta izin untuk jadikan cntoh kajian terdahulu bagi tesis sy.

saya pun buat kajian ini juga....ukht marwa...kamu wat mengenai????

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Pesanan Hari Ini

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

by Ahmad AlFateh