Saturday, December 12, 2009

Tiga terbunuh lori tangki rempuh rumah-Saudaraku..

| |
JELEBU 12 Dis. –Tiga terbunuh termasuk dua beradik apabila sebuah lori tangki minyak terbabas dan merempuh sebuah rumah menyebabkan ia hangus terbakar di Kampung Batu Ulu Klawang, Batu 18 di sini pada pukul 8.39 pagi ini.

Ketua Balai Bomba Jelebu, Adzhar Che Onn berkata, mereka yang terbunuh ialah pemandu lori syarikat MISC Integrated Logistic Sdn. Bhd., Shamsul Kahar, 36, serta dua beradik iaitu Anisah Hanapiah, 14, dan Mohd. Hafiz Hanapiah, 7.

“Dua beradik itu rentung selepas terbakar dan ditindih pecahan batu akibat rempuhan tersebut.

“Mayat kedua-dua beradik itu ditemui pada pukul 10.20 pagi manakala mayat pemandu yang 60 peratus terbakar ditemui tercampak berhampiran pagar luar rumah yang hangus itu pada pukul 9 pagi,’’ katanya.

Ketika kejadian, ibu dua beradik malang itu, Mariani Cembeng, 45, tiada di rumah kerana menghadiri mesyuarat di kawasan berhampiran.

“Lori tersebut turut merempuh sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum terbabas di tebing setinggi empat meter dan merempuh rumah yang terletak di tepi tebing berkenaan,’’ kata beliau.

Jelasnya, 15 anggota bomba dan penyelamat dari Jelebu dan Seremban diketuai Timbalan Penguat Kuasa, Zakaria Amat dan Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Khairul Azwan Ibrahim berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh satu jam. – Utusan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Pesanan Hari Ini

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

by Ahmad AlFateh