Tuesday, August 07, 2012

Menyingkap sejarah Nuzul Quran....

| |
0 comments

Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.Perkara ini dinyatakan dalam al-Quran, melalui firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat ke 185 yang bermaksud:
Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”
FirmanNya dalam ayat pertama surah al-Qadar :
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.
Dalam surah al-Dukhan ayat ke 3 pula Allah s.w.t telah berfirman :
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

‘Nuzul’ merupakan perkataan Arab yang memberi makna turun atau berpindah, iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Menilai ketiga ayat di atas tiada sebarang pertentangan antara ke tiga ayat di atas . Al-Syeikh Ab Rahman al-Sa’adiy menjelaskan dalam tafsirTaysir al-Karim al-Rahman‘malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalamNya buat pemimpin umat sejagat nabi Muhammad yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri 
Menurut al-Syeikh Manna’ Qattan dalam Mabahith Fi Ulum al-Quran ke tiga ayat ini secara dasarnya menunjukkan penurunan berlaku pada bulan ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.

Walaupun umat Islam di Malaysia secara tradisinya menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat yang lebih tepat tentang turunnya al-Quran ialah pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan bersamaan 13 Ogos 610 M. Ini disebabkan pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramdhan adalah berpandu pada ayat ke 41 dari Surah Al-Anfaal adalah difokuskan kepada perisytiwa perang Badar bukannya al-Quran.
Firman Allah dalam ayat ke 41 surah al-Anfal itu,maksudnya :
"…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…"

Menurut sebuah riwayat yang dikemukakan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya dari Ibn Abbas , ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut).
Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…".

Justeru tarikh yang lebih tepat tentang Nuzul al-Quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan yang telah dihuraikan di atas.

Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan ini disokong oleh majoriti para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus ke "Baitul Izzah" di langit kedunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Menurut satu riwayat dari al-Hakim, al-Baihaqiy dan al-nasaei dari Ibn Abbas, beliau menjelaskan dari RasululLah saw bersabda :
“ Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun

Al Quran pula telah diturunkan secara beransur - ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah . Ayat-ayat dan surah-surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah dikenai sebagai Makkiyah sedangkan yang diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali sebagai Madaniyyah . Tujuan Allah menurunkan secara beransur-ansur adaah bagi memenuhi objektif-objektif berikut :

v Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang banyak. Hal ini disebut oleh Bukhari dari riwayat 'Aisyah r.a.
Di antara ayat - ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kamaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh)
Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa - peristiwa yang terjadi akan lebih berkesan dan lebih berpengaruh di hati.

v Memudahkan penghafalan. Orang - orang musyrik yang telah menanyakan mengapa Al Quran tidak diturunkan sekaligus, sebagaimana disebut dalam Al Quran surah Al Furqaan ayat 32 maksudnya :
"……mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya sekaligus….?"
Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri:
"….Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu..".

Di antara ayat - ayat yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan, sebagai dikatakan oleh Ibnu 'Abbas r.a. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau Al Quran diturunkan sekaligus. Penurunan al-Quran ini pula berlaku dalam berbagai bentuk.
Menurut Safiyurrahman al-Mubarakfuriyy dalam al-Rahiq al-makhtum , Nabi Muhammad s.a.w. telah diwahyukan mengikut pendekatan-pendekatan berikut :
· Menerusi mimpi yang benar ( al-Rukya al-Sadiqah )
Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dala, kalbunya. Sebagai contohnya Nabi pernah bersabda mengatakan:
"Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku bahawa seseorang itu takkan mati sehingga dia menyempurnakan rezkinya yang telah ditetapkan oleh ALlah".

· Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya dan peristiwa seperti ini sering disaksikan oleh para sahabat.
· Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit:
Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa".
· Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya yang sebenar sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 :
"Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".

Malaikat mewahyukan kepada Nabi dari atas langit seperti yang berlaku dalam peristiwa al-Isra` wal Mikraj . Sesetengah ulamak berpendapat baginda saw juga pernah berbicara secara langsung dengan Allah dan menerima wahyu seperti yang berlaku pada Nabi Musa.Perkara ini merupakan suatu khilaf di kalangan para ulamak.

Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:
Pertama: Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad SAW.
Al-Quran merupakan bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad saw, sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT, bukannya ucapan atau ciptaan nabi Muhammad saw sendiri. Rasullulah saw telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Dan kita dapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran menggubah bahasa-bahasa yang indah dalam ucapan dan sajak-sajak mereka. Al-Quran secara prisipnya telah mengemukakan cabaran kepada bangsa Arab menerusi tiga peringkat iaitu :

Peringkat pertama. Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang meliputi orang Arab sendiri dan orang lain, manusia malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara padu sebagaimana firmanNya.
"Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain." (17 : 88)

Peringkat kedua. Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran. Sebagaimana firmanNya:
“Bahkan mereka mengatakan "Muhammad telah membuat-buat Al-Quran." Katakanlah: Jika demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar. Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah" (11 : 13-14)

Peringkat ketiga. Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahaja. Sebagaimana firmanNya:
"Atau (patutkah) mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya" (TTQ 10 : 38)
Dan cabaran ini diulangi di dalam firmanNya:
"Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu tentang Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu surat saja yang semisal Al-Quran itu…" (2 : 23 )

Kedua: Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.
Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum siyasah negara , sosial , pendidikan , pengadilan , akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapinya. Sememangnya penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam adalah merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya kearan ia satu-satunya perundangan yang dapat memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Kemampuan syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang paling menonjol di muka bumi.
Read More

Friday, July 27, 2012

Cara Install Windows 7 (BARU)

| |
1 comments

windows 7 adalah produk Microsoft terkini yang juga menawarkan beberapa kelebihan jika di bandingkan dengan versi sebelumnya. Di sini saya akan menerangkan cara pemasangan / installation windows 7 ke komputer anda secara langkah demi langkah secara bergambar. Saya percaya dengan pengetahuan ini juga membolehkan anda membaik pulih komputer anda sendiri sekiranya komputer anda di landa masalah (virus, file corrupt dan spyware). Selain ia menjimatkan duit, anda juga boleh membuat duit dengan mengetahui cara-cara ini.
Sebelum memulakan pemasangan windows 7 ada beberapa benda yang perlu antaranya ialah
  1. Windows 7 DVD
  2. Komputer dengan spesifikasi di bawah (minimum, jika dapat lebih lagi baik)
    • 1 gigahertz (GHz) 32-bit (x86) atau 64-bit (x64) processor
    • 1 gigabyte (GB) RAM (32-bit) atau 2 GB RAM (64-bit)
    • 16 GB ruang hard disk  (32-bit) or 20 GB (64-bit)
    • DirectX 9 graphics device dengan WDDM 1.0
Setelah semua peralatan tersedia, mari kita bermula

LANGKAH 1:

Masukkan DVD Windows 7 ke DVD Drive dan reboot komputer anda. Selepas daripada reboot anda akan nampak screen seperti di bawah. Klik gambar di bawah untuk besarkan.


Tunggu sehingga proses ini selesai. Jika screen seperti ini tidak keluar di komputer anda, ini mungkin di sebabkan komputer anda tidak boot daripada DVD windows 7 tetapi boot daripada hard disk anda. Saya akan terangkan bagaimana menyelesaikan masalah ini dalam topic yang lain. Pada ketika ini, installer tidak mengubah apa-apa konfigurasi di dalam komputer.

LANGKAH 2:

Setelah langkah 1 tadi selesai, komputer akan memaparkan gambar seperti di bawah.

Di sini anda akan di beri pilihan bahasa, format masa dan wang, dan juga keyboard layout.Klik next untuk proses seterusnya.

LANGKAN 3:


Di sini anda ada beberapa pilihan seperti "Repair your computer", pilihan ini adalah untuk komputer yang sudah di pasang / install windows 7 tetapi malangnya berlaku beberapa kesilapan teknikal dan menyebabkan sistem windows tersebut rosak dan perlu di baik pulih.
Dalam topik ini, kita hanya perlu klik "Install now".

LANGKAH 4:


Di sini kita akan dapati lesen yang membosankan jika di baca. Saya rasa tidak ramai di kalangan kita yang sanggup membaca lesen ini. Klik kotak "I accept the license term" di ikutu butang "Next"

LANGKAH 5:


Di sini anda boleh memilih samada untuk upgrade atau memasang baru sistem Windows 7. Walaupun anda boleh upgrade daripada sistem windows yang lama kepada windows 7, saya mengesyorkan anda mengambil cara ke-2 iaitu "Install new copy of windows". Ini adalah untuk mendapatkan prestasi windows 7 yang sebenar di samping mengurangkan masalah-masalah semasa proses pemasangan.

LANGKAH 6:


Klik lokasi di mana anda mahu file windows di pasangkan. Ada setengah-setengah kes di mana pengguna perlu membuang sistem operasi lama mereka untuk mengelakkan sebarang konflik dan juga menjimatkan ruang hard disk. Untuk membuang sistem operasi lama, anda hanya perlu memilih "Drive Options" yang berada di bawah kotak pilihan hard disk. Sila pastikan anda membuat salinan untuk fail-fail penting anda.

LANGKAH 7:


Sekarang Windows 7 akan memulakan proses pemasangan yang mana ianya akan mengambil lebih kurang 15-40 minit bergantung kepada kelajuan komputer.

LANGKAH 8:


Setelah proses tadi selesai, anda akan melihat skrin seperti di atas ini.

LANGKAH 9:


Sila masukkan nama anda di ikuti nama komputer anda seperti test-pc atau Bob-pc. Nama ini akan kelihatan di network, jadi sila gunakan nama yang bersesuaian supaya mudah untuk anda mengenal pasti komputer ini nanti.

LANGKAH 10:


Masukkan password anda di sini.

LANGKAH 11:


Di sini, anda perlu mamasukkan windows 7 product key yang di sertakan sekali apabila anda membeli DVD Windows 7. Jika anda tidak mendapat product key semasa membeli DVD ini (original aje, yang lanun tu memang tak dapat).
Jika Windows 7 di sertakan sekali semasa anda membeli komputer anda, kebiasaanya product key ini terletak di belakang PC atau di bawah notebook.

LANGKAH 12:


Pilih recommended setting yang terletak di atas sekali antara ke tiga-tiga pilihan.

LANGKAH 13:


Sekarang komputer anda telah tersedia dengan windows 7. Sila gunakan dengan gembira dan senyuman...
Read More

Lajukan Laptop/PC (Power UP)

| |
1 comments




Macam mana nak lajukan windows 7? Cara yang paling mudah & berkesan --> upgrade hardware pc atau laptop kita. Processor, ram, graphic card yg menentukan kelajuan sistem kita. Tapi untuk pengguna laptop cikai macam aku (core 2 duo, 2GB ram) memang cukup2 makan je untuk pakai windows 7 ni. So hari ni aku nk share tips macam mana korang boleh memaksimumkan selaju yang mungkin sistem windows 7 tanpa menghabiskan duit dgn upgrade hardware.

Tips Pertama
Korang kena rajin bersihkan (cuci) windows korang dengan menggunakan disk cleanup. Memang dari dulu windows dah bagi percuma software tu, so rajin2 la korang gunakan. Bersihkan segala fail2 yg tak berguna terutamanya temporary files, kalau korang tak delete lama2 dia memang akan makan space. Alternatif lain, korang boleh gune software cleaner lain macam ccleaner dll.




Tips Kedua
Bersihkan fail system restore & shadow copies dari hard disk korang. Kedua-dua fail ni kalau korang tak delete memang besar gedabak saiz dia, ade yg sampai 2, 3 gb. Bagi yg tak pernah guna system restore tu baik korang delete je. Makin kurang space dalam hard disk korang makin hauslah sistem korang. Cara nak delete --> open Disk Cleanup -> More Options -> Under System Resore and Shadow Copies tekan Clean up.




Tips Ketiga
Rajin2kan la defrag hard disk korang tu. Seminggu sekali pun dah kira ngam dah tu. Macam aku 2 3 hari sekali. Sebab aku selalu download movie, software dll so memang banyak fragmented files (fail yg bersepah sepah) dalam drive aku. Kalau nak pakai Windows defragmenter windows 7 tu pn ok, tapi aku cadangkan pakai 3rd party software, yg paling baik sekarang ni Diskeeper sebab dia automatik defrag kan files sistem, so tak payah nak defrag secara manual. Untuk freeware aku cadangkan smart defrag.




Tips Keempat
Buang atau uninstall mana2 application, software yang korang tak guna. Daripada menyemak dalam sistem korang lebih baik korang buang kan? Nak guna Program and Features pun boleh, nak guna revo uninstaller pn boleh. Macam aku uninstall manual je lepas tu cari & delete mana2 folder software tu yg tertinggal, selalunye kat (C:\ProgramData , C:\Users\Namakorang\AppData\Local , C:\Users\Namakorang\AppData\LocalLow & C:\Users\Namakorang\AppData\Roaming).




Tips Kelima
Disable services yang tak berguna. Kt bawah ni aku ada sediakan list services yang korang boleh set kan. Mula2 bukak services.msc dulu. Caranya -> Tekan start menu -> Taip services.msc Kt situ korang boleh tengok kesemua list services yang ada dalam sistem korang. Perlu diingatkan ada antara services ni yang disetkan secara automatik untuk load masa sistem korang boot, maknanya kt sini startup korang dah dilambatkan untuk load services tu. Cuba check kat "Startup Type" macam gamba kat bawah ni, kt situ korang boleh tengok mana services yang disetkan secara automatik. Dan yang paling penting, sebelum setting tu pastikan services yg korang pilih tu selamat untuk di disable kan. Kalau boleh google dulu & cari info sama ada selamat atau tidak untuk tweak services yang korang pilih tu.

Tukar "Startup Type" untuk services kt bawah ni dari "Automatic" kepada "Manual"

ActiveX Installer (AxInstSv)
Adaptive Brightness
Application Experience
Application Host Helper Service
Application Identity
Application Information
Application Layer Gateway Service
Application Management
Bitlocker Drive Encryption Service (Bagi yang tak gune bitlocker)
BLock Level backup Engine Service
Bluetooth Support Service 
BranchCache
Certificate Propagation
CNG Key Isolation
COM+ System Application
COmputer Browser
Credential Manager
Diagnostic Policy Service
Diagnostic service Host
Disk Defragmenter
Distributed Link Tracking Client
Distributed Transaction Coordinator
Extensible Authentication Protocol
Fax
Function Discovery Resource Publication
Health Key and Certificate Management
HomeGroup Listener
HomeGroup Provider
Human Interface Device Access
Interactive Services Detection 
IP Helper
IPsec Policy Agent
ktmRm for Distributed Transaction Coordinator
Link-Layer Topology Discovery Mapper
Microsoft Software Shadow Copy Provider
Net.Tcp Port Sharing Service
Netlogon
Network Access Protection Agent
Network Connections
Network List Service
Office Source Engine
Office Software Protection Platform
Offline Files
Parental COntrols
Peer Name Resolution Protocol
Peer Networking Grouping
Peer Networking Identity Manager
Performance Logs & Alerts
PnP-X IP Bus Enumerator
Portable Device Enumerator Service
Print Spooler (Bagi yang tak guna printer)
Problem Reports and Solutions Control Panel Support
Program Compatibility Assistant Service
Protected Storage
Quality Windows Audio Video Experience 
Remote Access Connection Manager
Remote Desktop COnfiguration
Remote Desktop Services
Remote Desktop Services UserMode Port Redirector
Remote Procedure Call (RPC) Locator
Secondary Logon (Bagi yang hanya ada 1 akaun windows sahaja)
Secure Socket Tunneling Protocol Service
Smart Card
Smart Card Removal Policy
SNMP Trap SPP Notification Service
SSDP Discovery
Tablet PC Input Service
Telephony
Thread Ordering Server
TPM Base Services
UPnP Device Host
Virtual Disk
Volume Shadow Copy
WebClient
Windows Activation Technologies Service
Windows Backup
Windows Biometric Service
Windows CardSpace
Windows Color System
Windows Connect Now - COnfig Registrar
Windows Defender
Windows Event Collector
Windows Image Acquisition (WIA)
Windows Installer
Windows Media Center Receiver Service
Windows Media Center Scheduler Service
Windows MEdia Player Network Sharing Service
Windows Modules Installer
Windows Presentation Foundation Font Cache 3.0.0.0
Windows Process Activation Service
Windows Remote Management (WS-Management)
WinHTTP Web Proxy Auto-Discovery Service
Wired AutoConfig
WMI Performance Adapter
WWAN AutoConfig


Services yang kt bawah ni plak korang boleh "Disable"kan.

Function Discovery Provider Host
Internet Connection Sharing (ICS)
Media center Extender Service
Remote Registry 
Routing and Remote Access
Windows Error Reporting Service
Windows Search




Tips Keeneam
Disable mana2 startup entries yang tak berguna. Buka start menu -> Taip msconfig & enter -> Tekan kt "Startup" -> Untick mana2 application yang korang rasa tak guna. Lagi banyak application yang di'tick' lagi lama la sistem korang untuk boot. Perlu diingatkan sekali kalau boleh google dulu mana2 application yang korang rasa tak selamat untuk untick.




Tips Ketujuh
Disable gadget / screensaver / hibernate. Mesti ramai yang dah tahu gadget & screensaver gunakan banyak memori bila korang enable kan. Hibernate - Bila korang aktifkan hibernasi di Windows 7, sistem akan create hiberfil.sys, yang ada dalam drive boot yang menyimpan maklumat berkenaan sesi aktif sebelum korang offkan komputer. Fail ni memang besar dan ambik banyak ruang dalam disk korang.


Tips Kelapan 
Disable UAC. Memang penat setiap kali korang bukak application @ software lepas tu keluar prompt sama ada nak run atau tak. Bagi sapa2 yang tak pasti aku cakap pasal apa korang rujuk gambar bawah ni. Haha..memang bengangkan. Untuk disablekan --> Buka control panel -> User Accounts and Family Safety -> User Account -> Change User Account Control settings -> Lepas tu setkan bawah sekali (never notify), rujuk gambar bawah ni.






Tips Kesembilan
Bagi yang ada masalah hardware, aku cadangkan korang update driver pc @ laptop korang. Selalunya windows akan automatik update driver pc @ laptop kita, biasanya melalui windows update. Jadi lagi bagus kalau korang enable kan automatic update.
Takut kena detect not genuine? Guna windows 7 loader - DAZ. Untuk update secara manual driver caranya, Buka device manager -> Double click kat driver yang korang nk update -> Pilih & right click -> Update Driver Software. Rujuk gamba bawah ni.




Tips Kesepuluh
Untuk pengguna laptop @ notebook, kalau korang 24 jam guna charger setkan power option korang kepada high performance. Caranya -> Buka control panel -> Hardware and Sound -> Power Options -> Tekan "Show additional plans" dan pilih "High performance".




*Kesimpulannya tips yang aku share kt atas tu cuma optional je. Terpulang pada korang nk ikut ke tak. Selamat mencuba~!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Pesanan Hari Ini

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

by Ahmad AlFateh