Sunday, August 29, 2010

TIP HAFAZAN

| |
0 comments

KAEDAH ASAS(kaedah ulangan)

1 .ayat ,Baca 20 kali & Hafaz 10 kali.
-Selepas  ½ halaman pertama ,ulang hafazan ulang  ( dari ayat mula)
-Kemudian pindah ½  halaman berbaki dan ulang proses yang sama ( baca dan hafaz)
-Kemudian pindah halaman seterusnya .

KAEDAH PENGUKUHAN.
Tumpu dan ingat :  Tumpuan pada kedudukan ayat, halaman, lembaran. Pejamkan mata dan lihat dengan minda. Sekiranya kabur,buka mata, tumpukan kembali. Proses ini diulang sehingga dapat melihat gambaran ayat.
Berteman : Silang hafazan dan tebuk ayat .
Dengar Kaset : Dengar dan amati bacaan qari kemudian hafaz.
Menulis : Tulis ayat dan semak mushaf .
Mawdu’i: Cari  tafsiran ayat ,fahamkan dan hafaz ikut mawdu’i  ayat.

Read More

Thursday, July 22, 2010

| |
0 comments


BUKTI KEBESARAN ALLAH...















Read More

demokrasi

| |
0 comments

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:
• Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
• Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
• Rakyat diberi hak mengundi
• Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
• Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
• Kebebasan persatuan
• Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law
• Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik








Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Di universiti, ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar. Matapelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah dipanggil "psefologi".
Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar (proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
Read More

Wednesday, July 21, 2010

Majlis Perkahwinan Saiful Azam & Siti Atiqah...

| |
0 comments
Upacara akad nikah sdg berlangsung....
berdebar-debar jantung hati ustaz ni...

dah habis majlis tadi,so sempat lagi ambil gambar utk 
kenangan utk tatapan anak cucu...(^_^)


bersalaman dengan pengantin,moga2 dapat jodoh 
yang terbaik..insyaAllah....


di rumah pengantin perempuan...
makan2 sebelum balik ke ostel...

Kesian din,lapar sbb 2hari x makan...hihhi
(Tolong jangan tertawakn dia)!

Pic sebelum pulang...
masa ni rase nk makan lagi je...huhu

tak tahu nk posing macam mana lagi.....
...(^_^)...


Read More

Monday, July 19, 2010

BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH

| |
0 comments



Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya
keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

CARA MEMPEROLEHI KEBERKATAN DARI ALLAH:-

1.Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah. 

 2.Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

 3.Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

 4.Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

 5.Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6.Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu  selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

7.Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib(zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8.Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92

9.Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat- bukan dunia untuk dunia)

10.Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak.Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang        Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

 11.Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. 

 Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang       membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)' Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta -belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

Sekian, wallahualam. Semoga yang baik datang daripada Allah dan yang buruk dari kesilapan sendiri.

.
  
Read More

Saturday, July 17, 2010

BEBERAPA PETIKAN AL-QURAN

| |
2 comments
......

"DAN SIAPAKAH YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG YANG TELAH DIPERINGATKAN DENGAN AYAT-AYAT DARI TUHANNYA LALU DIA BERPALING DARIPADANYA? SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MELETAKKAN TUTUPAN DI ATAS HATI MEREKA, (SEHINGGA MEREKA TIDAK) MEMAHAMINYA, DAN (KAMI LETAKKAN PULA) SUMBATAN DI TELINGA MEREKA; DAN SEKALI PUN KAMU MENYERU MEREKA KEPADA PETUNJUK, NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN DAPAT PETUNJUK SELAMA-LAMANYA" ... Al-Kahfi:57

"DAN SIAPAKAH YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG YANG TELAH MEMBUAT DUSTA
TERHADAP ALLAH? MEREKA ITU AKAN DIHADAPKAN KEPADA TUHAN MEREKA, DAN PARA SAKSI (MALAIKAT) AKAN BERKATA: 'ORANG-ORANG INILAH YANG TELAH BERDUSTA TERHADAP TUHAN MEREKA'. INGATLAH KUTUKAN ALLAH (DITIMPAKAN) ATAS ORANG-ORANG YANG ZALIM" ....Hud:18

"ALLAH (MENJADI) PELINDUNG ORANG-ORANG YANG BERIMAN; DIA MENGELUARKAN MEREKA DARI KEGELAPAN (KEKUFURAN) KEPADA CAHAYA (IMAN). DAN ORANG-ORANG YANG KUFUR PELINDUNGNYA ADALAH SYAITAN, YANG MENGELUARKAN MEREKA DARI CAHAYA (KEIMANAN) KEPADA KEGELAPAN (KEKAFIRAN) . MEREKALAH PENGHUNI NERAKA DAN MEREKA KEKAL DI DALAMNYA" ..AlBaqorah:257

"DAN PERANGILAH MEREKA ITU, SEHINGGA TIDAK ADA FITNAH LAGI DAN (SEHINGGA) AGAMA ITU HANYA UNTUK ALLAH BELAKA. JIKA MEREKA BERHENTI (DARI MEMUSUHI KAMU), MAKA TIDAK ADA PERMUSUHAN (LAGI), KECUALI TERHADAP ORANG-ORANG YANG ZALIM" ..Al Baqorah:193

"DAN SIAPAKAH YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG YANG TELAH MEMBUAT DUSTA
TERHADAP ALLAH? MEREKA ITU AKAN DIHADAPKAN KEPADA TUHAN MEREKA, DAN PARA SAKSI (MALAIKAT) AKAN BERKATA: 'ORANG-ORANG INILAH YANG TELAH BERDUSTA TERHADAP TUHAN MEREKA'. INGATLAH KUTUKAN ALLAH (DITIMPAKAN) ATAS ORANG-ORANG YANG ZALIM" ....Hud:18

"HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, JANGANLAH KAMU JADIKAN BAPA-BAPAMU DAN
SAUDARA-SAUDARAMU (SEBAGAI) PEMIMPIN-PEMIMPINMU, JIKA MEREKA LEBIH
MENGUTAMAKAN KEKAFIRAN MENGATASI KEIMANAN DAN SIAPA DI ANTARA KAMU
MENJADIKAN MEREKA PEMIMPIN-PEMIMPIN, MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG
ZALIM"

"ALLAH (MENJADI) PELINDUNG ORANG-ORANG YANG BERIMAN; DIA MENGELUARKAN MEREKA DARI KEGELAPAN (KEKUFURAN) KEPADA CAHAYA (IMAN). DAN ORANG-ORANG YANG KUFUR PELINDUNGNYA ADALAH SYAITAN, YANG MENGELUARKAN MEREKA DARI CAHAYA KEPADA KEGELAPAN (KEKAFIRAN) . MEREKALAH PENGHUNI NERAKA DAN MEREKA KEKAL DI DALAMNYA" ..AlBaqorah:257

"LALU ORANG-ORANG YANG ZALIM (ITU) MENGGANTIKAN PERINTAH (PERATURAN) DENGAN YANG TIDAK DIPERINTAHKAN KEPADA MEREKA (OLEH ALLAH). SEBAB ITU KAMI TIMPAKAN ATAS ORANG-ORANG YANG ZALIM ITU SIKSA DARI LANGIT, KERANA MEREKA BERBUAT FASIK" .... AlBaqorah:59

......

"DAN BERAPA BANYAKNYA UMAT-UMAT YANG TELAH KAMI BINASAKAN SEBELUM MEREKA YANG MEREKA ITU LEBIH BESAR KEKUATANNYA DARI MEREKA INI, MAKA MEREKA (YANG TELAH DIBINASAKN ITU) TELAH PERNAH MENJELAJAH BEBERAPA NEGERI. ADAKAH MEREKA (YANG TELAH BINASA) MENDAPAT TEMPAT LARI (DARI KEBINASAAN)?" Qaaf:36

"DAN KALAU KAMI MENURUNKAN AL-QURAN INI KEPADA SEBUAH GUNUNG, PASTI KAMU AKAN MELIHATNYA TUNDUK TERPECAH BELAH DISEBABKAN TAKUT KEPADA ALLAH. DAN PERUMPAAN ITU KAMI BUAT UNTUK MANUSIA SUPAYA MEREKA BERFIKIR" - Al-Hasyr:21

"DAN BERAPA BANYAKKAH  (PENDUDUK) NEGERI YANG MENDERHAKAI PERINTAH TUHAN MEREKA DAN RASUL-RASULNYA, MAKA KAMI HISAB PENDUDUK NEGERI ITU DENGAN HISAB YANG KERAS, DAN KAMI AZAB MEREKA DENGAN AZAB YANG MENGERIKAN" Ath-Thalaaq:8

'DAN SIAPAKAH YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG-ORANG YANG MENGADAKAN DUSTA TERHADAP ALLAH? DAN ALLAH TIDAK (AKAN) MEMBERI PETUNJUK KEPADA ORANG-ORANG YANG ZALIM" As-Shaaf:7

"SESUNGGUHNYA DOSA ITU ATAS ORANG-ORANG YANG BERBUAT ZALIM KEPADA MANUSIA DAN MELAMPAUI BATAS DI MUKA BUMI TANPA HAK. MEREKA ITULAH MENDAPAT AZAB YANG PEDIH!" AsSyuraa:42

**Kita perlulah berwaspada dgn setiap gerak-geri kita agar tidak melampaui batas..
**Moga mendapat HidayahNya...
Read More

Pengertian ‘Tiada Paksaan Dalam Islam’

| |
0 comments

sekadar hiasan.

Soalan:

Islam meletakkan hukum bunuh kepada umatnya yang tidak mahu kembali kepada Islam setelah murtad. Di dalam surah Al Baqarah ayat 156 ( jika tidah salah ) yang bermaksud : Sesungguhnya tiada paksaan dalam agama. Jadi persoalannya di sini, mengapa Islam mengatakan bahawa tidak ada paksaan dalam agama sedangkan apabila umatnya keluar dari Islam dan memeluk agama lain dihukumkan hukuman bunuh jika tidak mahu kembali kepada Islam setelah murtad? Saya mengalami sedikit kesukaran untuk menjawab soalan tersebut yang pernah diutarakan oleh seorang pelajar non-muslim. Jadi tolong berikan hujah-hujah yang berkesan dan lengkap untuk menjawab persoalan pelajar non-muslim tersebut.

Nor, Skudai Jawapan:
Memang diakui dalam Islam tidak ada paksaan dalam beragama. Seseorang bukan Islam tidak boleh dipaksa dengan sewenang-wenangnya supaya memeluk Islam. Sepanjang sejarahnya Islam tidak pernah memaksa seseorang memeluk agamanya secara kekerasan.  Apa yang berlaku ialah ramai golongan yang bukan Islam memeluk Islam secara sukarela setelah melihat kebaikan agama Islam dan kesesuaiannya dengan fitrah semula jadi mereka.  Tidak kurang juga yang memeluk Islam setelah berpuashati dengan kajian yang mereka lakukan.
Pelaksanaan hukum murtad kepada orang yang murtad sebenarnya tidak ada sangkut pautnya dengan konsep tidak ada paksaan dalam agama. Ini kerana seseorang yang bukan Islam tidak boleh dipaksa menerima Islam. Mereka bebas memilih agama yang mereka ingin anuti. Bagaimanapun setelah mereka memilih Islam, dengan sendirinya mereka tertakluk dengan undang-undang dan peraturan yang ada dalam agama Islam. Jika mereka melakukan kesilapan, mereka akan dihukum berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada dalam agama Islam. Islam ada maruahnya tersendiri. Apabila maruahnya telah dicabul, maka pencabulnya berhak mendapat hukuman setimpal menurut undang-undang Islam.

Kedudukannya tak ubah seperti seorang murid yang baru memasuki alam persekolahan.  Sekolah yang dimasukinya mempunyai peraturan sendiri. Jika murid-muridnya melanggar disiplin sekolah maka pihak sekolah berhak melaksanakan hukuman ke atas murid yang melanggar peraturan itu dan perbuatan pihak sekolah ini tidak boleh dinyatakan sebagai melanggar kebebasan murid berkenaan. Jika seseorang murid boleh berbuat apa sahaja disekolah, boleh menampar dan menumbuk kawan-kawannya sendiri, malah boleh membunuh mereka dengan mudah, jelaslah sekolah berkenaan berkenaan tidak ada maruah diri dan tidak ada disiplin.
Tidak ada seorang yang berakal waras dan sihat yang ada di muka bumi ini sanggup mengatakan menguatkuasakan undang-undang bermakna menyekat kebebasan seseorang.  Kebebasan murid berkenaan berbuat demikian akan menimbulkan kemusnahan kepada sekolah berkenaan dan akan menjejaskan nama baiknya sendiri. Andaikata menguatkuasakan undang-undang itu dikatakan menyekat kebebasan, sudah pasti menangkap para perompak dikatakan menyekat kebebasan perompak itu sendiri untuk menjalankan aktivitinya.

Dalam dunia hari ini Allah SWT menciptakan alam cakerawala dengan peraturannya sendiri. Bulan bebas berputar, begitu juga dengan matahari, namun putaran bulan dan juga matahari adalah di atas paksi masing-masing sesuai sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Andaikata Allah SWT membiarkan matahari bergerak bebas tanpa undang-undang yang mengawalnya, sudah pasti akan mendatangkan kemudaratan yang cukup besar kepada alam maya ini.

Sehubungan dengan itu Islam juga mempunyai peraturan dan maruah serta kehebatannya tersendiri. Jika seseorang boleh saja memeluk dan keluar dari Islam dengan mudah, sudah pasti mencemarkan nama baik Islam itu sendiri, kerana itu yang terlibat berhak menerima hukuman-hukuman yang setimpal termasuklah hukuman hudud kerana murtad.

Hukuman ini tidak bertentangan dengan konsep bebas memilih agama. Tambahan pula Islam adalah satu agama yang sudah lengkap merangkumi soal-soal hubungan dengan Allah, hubungan sesama makhluk, merangkumi persoalan ibadat, munakahat, muamalat, jinayat, siyasah dan hubungan antarabangsa. Tidak ada satu agamapun di dunia ini yang mana syariatnya begitu syumul seperti Islam. Memilih agama lain menunjukkan pemilihnya tidak menggunakan akalnya sesuai dengan fitrah semula jadinya sendiri.
Satu perkara lagi konsep kebebasan itu juga perlu difahami. Apa yang didakwa oleh orang-orang barat sebagai kebebasan mutlak itu sebenarnya tidak tepat dan tidak berlaku, kerana mereka masih juga terikat dengan peraturan yang mereka buat sendiri. Kalau seseorang itu pergi ke pejabat pos untuk membayar bil elektrik, tiba-tiba ia melihat orang ramai sedang berbaris panjang menunggu giliran masing-masing untuk membayar bil-bil eletrik dan bil-bil air masing-masing, lantas kita terus ke kaunter bayaran tanpa mengikut giliran, atas nama kebebasan, sudah pasti kita akan dimarahi oleh mereka yang sedang berbaris panjang itu. Ini menunjukkan kita tidak mempunyai kebebasan yang mutlak, malah kebebasan kita terikat dengan peraturan yang dibuat.

Kalau dinilai atas nama kebebasan, maka seseorang itu boleh merogol isteri orang yang lalu lalang dihadapan suaminya dan suami tidak berhak melarangnya. Inilah yang dikatakan kebebasan sebenar, tetapi apa yang kita lihat ialah suami kepada wanita berkenaan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang merogol isterinya dan boleh jadi orang ramai yang menyaksikan kejadian itu akan turut memukulnya sehingga pengsan.

Jadilah jelaslah kepada kita melaksanakan hukum hudud murtad tidak dikatakan melanggar kebebasan seseorang, kerana kebebasan seseorang itu masih terikat dengan peraturan. Sebaliknya melaksanakan hukum hudud murtad tidak lebih dari menguatkuasakan undang-undang yang terdapat dalam agama Islam itu sendiri.  (Ayat yang dimaksudkan di dalam soalan adalah ayat 256, Surah Al Baqarah)
Read More

CINTA DAN MENCINTAI KERANA ALLAH

| |
0 comments


Kedudukan Dua Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah

Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat
dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan
mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya.

Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh
Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah
sahaja.

Hadis yang bemaksud:

"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah,
lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah,
seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini
takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu
disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan
kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi (
keseorangan) lalu mengalir air matanya"

( muttafaqun alaihi)

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana
Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah
penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah
lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T.
Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan
mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani
(anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:

Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi
mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku"

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati
kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini.
Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang
disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk
dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya,
tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan
Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan
ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh
dengan perhiasan ini.

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W
baginda bersabda:

"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka
mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka
"

Riwayat Attarmizi

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)

maksudnya: " Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di
sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka
tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak
menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi
kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya
kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan
Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia
kerana Allah.

Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah
mencintai dan meredhainya.

(1.2) Kesan Cinta Kepada Allah Di Dalam Kehidupan Orang Islam

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih
sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam
syurga.

((Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu
beriman, dan kamu tidak beriman sehungga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi)
tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan
salam di antara kamu))

Riwayat Muslim dari Abu Hurairah

Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah,
bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada, dan kekotoran
jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan
orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari
segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.

Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah membangunkan generasi Islam yang
pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi (rahmat yang melimpah ruah) dan
membina mahligai Islam di alam sejagat.

Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi menanamnya didalam hati kecuali Islam.
Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di antara mereka jualah yang akan
menjayakan perjuangan mereka.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam
kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka
seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.

Riwayat Muslim

Sesunguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan mempunyai hati dan perasaan
yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan sahabatnya. Dia akan menghadapi
mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya. Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan
untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak.
Read More

LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI

| |
0 comments





Berikut merupakan beberapa langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

1.  Mulakan hari anda dengan bacaan Al-Quran & munajat kepada Allah.
2.  Bermuhasabah diri sebelum melakukan sesuatu.
3.  Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
4.  Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
5.  Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
6.  Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif
7.  Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
8.  Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
9.  Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
10.  Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
11.  Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
12.  Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.
13.  Bertawakkal kepada Allah.

INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!


SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA


INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI


DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!

Read More

Perkara yang membatalkan syahadatain

| |
1 comments


Satu daripada perkara yg membatalkan syahadatain ialah menghalalkan apa yg diharamkan oleh Allah [swt] atau sebaliknya.
“Sesungguhnya yg mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yg tidak beriman kpd ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orang pendusta.” [anNahl:105]
Begitu juga sebesar-besar pembohongan ialah mudah menghalalkan apa yg diharamkan dan mengharamkan apa yg dihalalkan tanpa kajian yg mendalam.
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yg disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, utk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yg mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. (itu adalah) kesenangan yg sedikit; dan bagi mereka azab yg pedih.” [anNahl:116-117]

Satu lagi drpd perkara yg membatalkan syahadatain ialah engkar ni’mat Tuhan samada yg terang atau yg tersembunyi, sesuatu yg mudah difikir atau yg memerlukan kajian. Kerana segala ni’mat itu adalah datang dari Allah s.w.t.
Bahkan kita mesti beriman bahwa sesuatu bencana yg menimpa kita juga dari Allah s.w.t. , Dialah pemberi ni’mat dan penghalangnya. Bukanlah bidang kuasa manusia di dlm urusan memberi dan menahan rezeki seseorang tetapi hak Allah s.w.t. dgn kehendakNya jua.
“Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yg kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menhitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). [Ibrahim:34]
“Dan apa saja nikmat yg ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu drpd kamu, tiba-tiba sebahagian drpd kamu mempersekutukan Rabbnya dgn (yg lain), biarlah mereka mengingkari nikmat yg telah Kami berikan kpd mereka; maka bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui (akibatnya). [AnNahl:53-55]
[Batas-batas Iman & Kufr: Utz S.Hawa]



Read More

Friday, February 26, 2010

Maulidur rasul s.a.w.

| |
0 comments
Nabi Muhammad s.a.w diutuskan sebagai Rasul terakhir. Tidak ada lagi Nabi atau Rasul selepasnya. Baginda bersifat dengan sifat kemuliaan yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapa pun di muka bumi ini. Ia bertugas menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia. Menyelamatkan mereka daripada kesesatan dan tidak mengakui kekuasaan Allah  sebagai pencipta kepada sekelian makhluk.

Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yang paling dikasihi oleh Allah dan menjadi penghulu kepada sekalian Nabi dan Rasul. Allah  mahukan semua manusia supaya mencontohi sifat-sifatnya.


2- DETIK KELAHIRAN.


Waktu fajar 12 Rabiul Awal. Tahun Gajah. Bersamaan 12 April 571 (M), satu kumpulan wanita telah diutus oleh Allah bersiap sedia di sisi Aminah. Mereka ialah Asiah isteri Firaun, Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa a.s dan diiringi bidadari-bidadari dari syurga.

Saatnya telah tiba. Aminah  melahirkan seorang putera, bercahaya gilang-gemilang, kedua-dua tangannya bertelekan di muka bumi, kepalanya mendongak ke atas, kedua matanya merenung tajam ke arah langit, keadaannya berbau harum, bersih berseri-seri, sudah siap dikhatankan dan sudah siap dipotong tali pusatnya. Semuanya ini dilakukan sepantas kilat oleh petugas-petugas istimewa dari syurga.

Abdul Mutalib yang sedang tawaf di Kaabah segera mendapatkan cucunya itu, dibawa masuk ke dalam Kaabah.Ia berdiri sambil berdoa dan bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang baharu sahaja diterima itu.


3- MENGENAL FIZIKAL RASULULLAH (S.A.W)


Adalah diceritakan bahawa pertumbuhan jasmani Rasulullah s.a.w  sehari sama dengan pertumbuhan  kanak-kanak biasa sebulan. Usia tiga bulan boleh berdiri. Lima bulan pandai berlari. Sembilan bulan pandai bertutur dengan lancar dan fasih. Di antara dua belikatnya terdapat tanda khatamun Nubuwah yang sentiasa memancar dan dapat dikesan oleh orang yang memandangnya.

Baginda membesar dengan wajah yang berseri-seri. Cahaya wajahnya sentiasa bersinar seperti bulan purnama. Tinggi perawakannya. Kulitnya putih kemerah-merahan. Luas kedua-dua belah matanya. Kening dan bulu matanya melengkung indah. Tajam dan putih bersih giginya. Lebar sedikit mulutnya. Mulus pipinya bersih. Hidungnya mancung indah.  Tangannya lembut bagaikan sutera.

Bidang bahunya lebar. Kukuh kedua belah tangannya. Kuat tulang-tulang sendinya. Sedikit daging di tumitnya. Tebal janggutnya. Rambutnya terurai kemas mencecah bahu. Peluhnya bagaikan butiran mutiara, sentiasa berbau wangi. Tenang setiap langkah bejalannya, agak sedikit tunduk seolah-olah orang sedang berjalan menurun bukit.

Apabila Baginda berjabat tangan, tinggallah bau semerbak di tangan orang yang dijabatnya sepanjang hari. Apabila Baginda mengusap kepala kanak-kanak maka akan segeralah diketahui sentuhan itu kerana baunya yang semerbak mewangi.


4- MENGENAL PERIBADI RASULULLAH S.A.W.


Adalah Rasulullah s.a.w  itu seorang yang pemalu dan rendah hati.  Baginda menjahit sendiri kasutnya yang rosak, menampal bajunya yang koyak, memerah susu kambingnya sendiri dan suka membantu kerja-kerja rumah tangga dengan senang hati.

Baginda amat kasih kepada fakir dan miskin, mahu sahaja duduk bersama mereka, fakir miskin yang sakit segera dijenguk, jenazah mereka dihantar sampai ke kuburan. Baginda tidak pernah memandang rendah walaupun betapa sengsaranya mereka.

Baginda sentiasa bersifat pemaaf. Tidak pernah menyakiti hati orang. Mahu sahaja berjalan dan menghormati orang-orang tua, perempuan-perempuan dhaif dan juga hamba-hamba sahaya.

Baginda tidak pernah melutut kepada raja-raja. Marahnya hanya kerana Allah  dan sukanya juga hanya kerana keredhaan Allah. Apabila berjalan Baginda berada di belakang sahabat dan di belakangnya pula diiringi oleh para Malaikat.

Baginda juga pernah menunggang unta, kuda lumba,baghal, dan himar hadiah orang kepadanya. Pandangannya terhadap kekayaan dunia sangat istimewa. Pernah gunung Uhud menawarkan diri menjadi emas untuk Baginda namun ditolaknya. Pada hal ketika itu Baginda sedang mengalas perutnya dengan seketul batu kerana kekurangan makanan.

Baginda amat sedikit sekali bercakap sia-sia. Sentiasa mendahului mengucapkan salam kepada sesiapa yang ditemuinya. Panjang solatnya. Pendik khutbah Jumaatnya. Baginda sentiasa bergaul mesra, pernah berjenaka kepada isteri-isterinya dan sahabat-sahabatnya.

Baginda tidak pernah sekali membalas kejahatan dengan kejahatan. Apabila dicaci maki, Baginda membalas cacian itu dengan kata-kata  yang sangat lembut dan senang didengar oleh semua orang.

Sesungguhnya, peribadi dan akhlak Rasulullah s.a.w  itu sangat mulia dan luhur. Baginda pernah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya aku diutus ke dunia ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

5- SEDUTAN PERISTIWA.

1        Pada hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Abrahah bersama 60.000 orang tentera dan 1,000 ekor gajah telah dibinasakan oleh Allah melalui peristiwa Ababil.

2        Halimah As- Saadiah menyusui dan mengasuh Nabi sahingga berusia 4 tahun.

3        Usia 4 tahun Baginda dibawa oleh ibunya ke Madinah menziarahi pusara ayahandanya. Dalam perjalan pulang bondanya wafat.

4        Usia 6 tahun datuknya wafat. Baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

5        Usia 12 tahun Abu Talib membawa baginda ke Syam. Seorang Padri Yahudi menasihati Abu Talib supaya membawa Baginda pulang kerana ditakuti akan dibunuh oleh orang-orang Yahudi.

6        Usia 25 tahun Baginda berkahwin dengan Khadijah bt Wahab.

7        Usia 35 tahun  Baginda diberi penghormatan kerana menyelesaikan perbalahan kaun mengenai Hajar Aswad.

8        Usia 40 tahun diangkat menjadi Rasul

9        Usia 51 tahun berlaku peristiwa Isra’ Mi’raj

10    Usia 52 tahun baginda berhijrah ke Madinah.  Peristiwa tersebut dijadikan sebagai permulaan tahun Hijrah.

11    Usia 63 tahun Baginda wafat. Iaitu pada 12 Rabiul Awal 11 tahun selepas hijrah


6- ORANG-ORANG QURAISYI MENENTANG NABI.

Orang-orang musyrik berusaha sedaya upaya  menentang dan menghentikan seruan Baginda. Mereka sangat marah dan membenci Nabi dan pengikut-pengikutnya. Mereka menghalang orang Islam beribadat. Orang kuat mereka ialah Abu Jahal dan Abu Lahab.

Pernah Baginda ditawarkan dengan harta kekayaan, pangkat yang tinggi dan berbagai-bagai tawaran lagi supaya Baginda berhenti mengembangkan Islam, namun semua tawaran itu ditolak. Pembesar-pembesar meraka bertambah marah dan bertindak melakukan kekejaman terhadap penganut-penganut Islam. Antara orang-orang yang diseksa ialah:-

1        Abu Bakar Al – Siddik telah dipukul dan dipijak-pijak hingga berdarah-darah.
2        Osman bin Affan telah diikat kedua tangannya ke tengkuk dan dihalau dari ahli keluarganya.
3        Bilal bin Rabah diikat tangan dan kakinya kemudian disebat dan jemur di tangah padang pasir. Dadanya ditindih dengan batu yang besar.
4        Yasir dan keluarganya syahid kerana rumahnya dibakar.
5        Syamiah isteri Yasir diikat dan dijemur di padang pasir hingga mati.
6        Zunairah seorang hamba Abu Jahal  dicucuk matanya dengan kejam hingga buta.
7        Abdullah bin Masud dipukul hingga berlumuran darah ketika sedang membaca Al-Quran di dalam masjid.

Ramai lagi orang-orang Islam yang diseksa dengan berbagai-bagai seksaan yang mengerikan supaya mereka  kembali kepada agama menyembah berhala, tetapi semuanya gagal. Orang-orang Islam tetap teguh berpegang dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. walaupun mereka terpaksa menghadapi berbagai penderitaan.


7- ASAS AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH S.A.W.


Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan ajaran Islam kepada semua manusia. Mereka diminta meninggalkan perbuatan menyembah berhala. Mereka diajar supaya menyembah Allah tuhan yang asa. Mereka dididik dan diajar melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perbuatan-perbuatan yang jahat. Mereka diajar supaya beriman dengan perkara-perkara berikut:-

1.      Beriman  kepada Allah
2.      Beriman kepada Malaikat.
3.      Beriman kepada Rasul.
4.      Beriman kepada Kitab.
5.      Beriman kepada hari Kiamat.
6.      Beriman kepada Qadhak dan Qadar.



Orang-orang yang telah beriman diajar dan dilatih pula supaya melakukan perkara-perkara berikut:-

1.      Mengucap dua kalimah syahadat
2.      Mendirikan solat lima waktu.
3.      Puasa di bulan Ramadhan.
4.      Mengeluarkan Zakat
5.      Menunaikan fardhu Haji.

Disamping itu juga penganut-penganut Islam diajar, dididik dan dilatih supaya memiliki peribadi yang mulia dan terpuji serta berakhlak tinggi. Antaranya ialah:-

1.      Sentiasa bersabar.
2.      Sentiasa bercakap benar.
3.      Sentiasa jujur dalam semua hal.
4.      Sentiasa bersifat Amanah.
5.      Sentiasa hurmat ibu bapa dan orang yang lebih tua.
6.      Sentiasa bertawakal kepada Allah.
7.      Sentiasa menepati janji.
8.      Sentiasa merendah diri.
9.      Baik hati.
10.  Pemaaf dan lain-lain lagi


8- MU’JIZAT RASULULLAH S.A.W.

Mu’jizat ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para nabi dan rasul sebagai bukti kebenarannya. Antara mu’jizat yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah:-

1.      Mendampingkan cahaya bintang Zuhrah ke dalam diri Rasulullah s.a.w sejak dari mula Baginda dilahirkan.

2.      Cahaya terang benderang diseluruh daratan dan pergunungan tanah Haram Mekah.

3.      Berubah segala penderitaan dan kesusahan ibu susunya kepada kebahagiaan dan kesejahteraan.

4.      Dilindungi oleh awan dari cahaya panas matahari ketika berjalan di tengah padang pasir.

5.      Dibelah dadanya oleh dua Malaikat, dikeluarkan daripadanya gumpalan darah beku berwarna hitam, diganti dengan hikmah dan dipenuhi dengan keimanan.

6.      Memberi makan dan minum kepada orang ramai dengan hanya makanan dan minuman yang sidikit tetapi cukup.

7.      Boleh melakukan sesuatu yang luar biasa dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran seperti yang berlaku ketika rumah Baginda dikepung oleh orang-orang kafir yang hendak membunuhnya.

9- PENUTUP.

Sempena menyambut hari keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w ini marilah kita tingkatkan keimanan dan rasa cinta dan kasih kita kepada Baginda dengan mengerjakan segala ajaran yang dibawanya. Tinggalkan segala larangan dan tegahannya. Cekalkan hati menghadapi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Jangan biarkan diri terhumban jauh ke dalam perbuatan-perbuatan  maksiat dan dosa.

Allah akan membalas segala perbuatan yang kita lakukan semasa hidup ini. Baik dibalas dengan baik dan begitulah sebaliknya.

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Pesanan Hari Ini

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

by Ahmad AlFateh