Saturday, July 17, 2010

LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI

| |
0 comments





Berikut merupakan beberapa langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

1.  Mulakan hari anda dengan bacaan Al-Quran & munajat kepada Allah.
2.  Bermuhasabah diri sebelum melakukan sesuatu.
3.  Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
4.  Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
5.  Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
6.  Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif
7.  Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
8.  Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
9.  Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
10.  Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
11.  Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
12.  Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.
13.  Bertawakkal kepada Allah.

INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!


SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA


INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI


DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!

Read More

Perkara yang membatalkan syahadatain

| |
1 comments


Satu daripada perkara yg membatalkan syahadatain ialah menghalalkan apa yg diharamkan oleh Allah [swt] atau sebaliknya.
“Sesungguhnya yg mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yg tidak beriman kpd ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orang pendusta.” [anNahl:105]
Begitu juga sebesar-besar pembohongan ialah mudah menghalalkan apa yg diharamkan dan mengharamkan apa yg dihalalkan tanpa kajian yg mendalam.
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yg disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, utk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yg mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. (itu adalah) kesenangan yg sedikit; dan bagi mereka azab yg pedih.” [anNahl:116-117]

Satu lagi drpd perkara yg membatalkan syahadatain ialah engkar ni’mat Tuhan samada yg terang atau yg tersembunyi, sesuatu yg mudah difikir atau yg memerlukan kajian. Kerana segala ni’mat itu adalah datang dari Allah s.w.t.
Bahkan kita mesti beriman bahwa sesuatu bencana yg menimpa kita juga dari Allah s.w.t. , Dialah pemberi ni’mat dan penghalangnya. Bukanlah bidang kuasa manusia di dlm urusan memberi dan menahan rezeki seseorang tetapi hak Allah s.w.t. dgn kehendakNya jua.
“Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yg kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menhitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). [Ibrahim:34]
“Dan apa saja nikmat yg ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu drpd kamu, tiba-tiba sebahagian drpd kamu mempersekutukan Rabbnya dgn (yg lain), biarlah mereka mengingkari nikmat yg telah Kami berikan kpd mereka; maka bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui (akibatnya). [AnNahl:53-55]
[Batas-batas Iman & Kufr: Utz S.Hawa]



Read More

Friday, February 26, 2010

Maulidur rasul s.a.w.

| |
0 comments
Nabi Muhammad s.a.w diutuskan sebagai Rasul terakhir. Tidak ada lagi Nabi atau Rasul selepasnya. Baginda bersifat dengan sifat kemuliaan yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapa pun di muka bumi ini. Ia bertugas menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia. Menyelamatkan mereka daripada kesesatan dan tidak mengakui kekuasaan Allah  sebagai pencipta kepada sekelian makhluk.

Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yang paling dikasihi oleh Allah dan menjadi penghulu kepada sekalian Nabi dan Rasul. Allah  mahukan semua manusia supaya mencontohi sifat-sifatnya.


2- DETIK KELAHIRAN.


Waktu fajar 12 Rabiul Awal. Tahun Gajah. Bersamaan 12 April 571 (M), satu kumpulan wanita telah diutus oleh Allah bersiap sedia di sisi Aminah. Mereka ialah Asiah isteri Firaun, Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa a.s dan diiringi bidadari-bidadari dari syurga.

Saatnya telah tiba. Aminah  melahirkan seorang putera, bercahaya gilang-gemilang, kedua-dua tangannya bertelekan di muka bumi, kepalanya mendongak ke atas, kedua matanya merenung tajam ke arah langit, keadaannya berbau harum, bersih berseri-seri, sudah siap dikhatankan dan sudah siap dipotong tali pusatnya. Semuanya ini dilakukan sepantas kilat oleh petugas-petugas istimewa dari syurga.

Abdul Mutalib yang sedang tawaf di Kaabah segera mendapatkan cucunya itu, dibawa masuk ke dalam Kaabah.Ia berdiri sambil berdoa dan bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang baharu sahaja diterima itu.


3- MENGENAL FIZIKAL RASULULLAH (S.A.W)


Adalah diceritakan bahawa pertumbuhan jasmani Rasulullah s.a.w  sehari sama dengan pertumbuhan  kanak-kanak biasa sebulan. Usia tiga bulan boleh berdiri. Lima bulan pandai berlari. Sembilan bulan pandai bertutur dengan lancar dan fasih. Di antara dua belikatnya terdapat tanda khatamun Nubuwah yang sentiasa memancar dan dapat dikesan oleh orang yang memandangnya.

Baginda membesar dengan wajah yang berseri-seri. Cahaya wajahnya sentiasa bersinar seperti bulan purnama. Tinggi perawakannya. Kulitnya putih kemerah-merahan. Luas kedua-dua belah matanya. Kening dan bulu matanya melengkung indah. Tajam dan putih bersih giginya. Lebar sedikit mulutnya. Mulus pipinya bersih. Hidungnya mancung indah.  Tangannya lembut bagaikan sutera.

Bidang bahunya lebar. Kukuh kedua belah tangannya. Kuat tulang-tulang sendinya. Sedikit daging di tumitnya. Tebal janggutnya. Rambutnya terurai kemas mencecah bahu. Peluhnya bagaikan butiran mutiara, sentiasa berbau wangi. Tenang setiap langkah bejalannya, agak sedikit tunduk seolah-olah orang sedang berjalan menurun bukit.

Apabila Baginda berjabat tangan, tinggallah bau semerbak di tangan orang yang dijabatnya sepanjang hari. Apabila Baginda mengusap kepala kanak-kanak maka akan segeralah diketahui sentuhan itu kerana baunya yang semerbak mewangi.


4- MENGENAL PERIBADI RASULULLAH S.A.W.


Adalah Rasulullah s.a.w  itu seorang yang pemalu dan rendah hati.  Baginda menjahit sendiri kasutnya yang rosak, menampal bajunya yang koyak, memerah susu kambingnya sendiri dan suka membantu kerja-kerja rumah tangga dengan senang hati.

Baginda amat kasih kepada fakir dan miskin, mahu sahaja duduk bersama mereka, fakir miskin yang sakit segera dijenguk, jenazah mereka dihantar sampai ke kuburan. Baginda tidak pernah memandang rendah walaupun betapa sengsaranya mereka.

Baginda sentiasa bersifat pemaaf. Tidak pernah menyakiti hati orang. Mahu sahaja berjalan dan menghormati orang-orang tua, perempuan-perempuan dhaif dan juga hamba-hamba sahaya.

Baginda tidak pernah melutut kepada raja-raja. Marahnya hanya kerana Allah  dan sukanya juga hanya kerana keredhaan Allah. Apabila berjalan Baginda berada di belakang sahabat dan di belakangnya pula diiringi oleh para Malaikat.

Baginda juga pernah menunggang unta, kuda lumba,baghal, dan himar hadiah orang kepadanya. Pandangannya terhadap kekayaan dunia sangat istimewa. Pernah gunung Uhud menawarkan diri menjadi emas untuk Baginda namun ditolaknya. Pada hal ketika itu Baginda sedang mengalas perutnya dengan seketul batu kerana kekurangan makanan.

Baginda amat sedikit sekali bercakap sia-sia. Sentiasa mendahului mengucapkan salam kepada sesiapa yang ditemuinya. Panjang solatnya. Pendik khutbah Jumaatnya. Baginda sentiasa bergaul mesra, pernah berjenaka kepada isteri-isterinya dan sahabat-sahabatnya.

Baginda tidak pernah sekali membalas kejahatan dengan kejahatan. Apabila dicaci maki, Baginda membalas cacian itu dengan kata-kata  yang sangat lembut dan senang didengar oleh semua orang.

Sesungguhnya, peribadi dan akhlak Rasulullah s.a.w  itu sangat mulia dan luhur. Baginda pernah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya aku diutus ke dunia ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

5- SEDUTAN PERISTIWA.

1        Pada hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Abrahah bersama 60.000 orang tentera dan 1,000 ekor gajah telah dibinasakan oleh Allah melalui peristiwa Ababil.

2        Halimah As- Saadiah menyusui dan mengasuh Nabi sahingga berusia 4 tahun.

3        Usia 4 tahun Baginda dibawa oleh ibunya ke Madinah menziarahi pusara ayahandanya. Dalam perjalan pulang bondanya wafat.

4        Usia 6 tahun datuknya wafat. Baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

5        Usia 12 tahun Abu Talib membawa baginda ke Syam. Seorang Padri Yahudi menasihati Abu Talib supaya membawa Baginda pulang kerana ditakuti akan dibunuh oleh orang-orang Yahudi.

6        Usia 25 tahun Baginda berkahwin dengan Khadijah bt Wahab.

7        Usia 35 tahun  Baginda diberi penghormatan kerana menyelesaikan perbalahan kaun mengenai Hajar Aswad.

8        Usia 40 tahun diangkat menjadi Rasul

9        Usia 51 tahun berlaku peristiwa Isra’ Mi’raj

10    Usia 52 tahun baginda berhijrah ke Madinah.  Peristiwa tersebut dijadikan sebagai permulaan tahun Hijrah.

11    Usia 63 tahun Baginda wafat. Iaitu pada 12 Rabiul Awal 11 tahun selepas hijrah


6- ORANG-ORANG QURAISYI MENENTANG NABI.

Orang-orang musyrik berusaha sedaya upaya  menentang dan menghentikan seruan Baginda. Mereka sangat marah dan membenci Nabi dan pengikut-pengikutnya. Mereka menghalang orang Islam beribadat. Orang kuat mereka ialah Abu Jahal dan Abu Lahab.

Pernah Baginda ditawarkan dengan harta kekayaan, pangkat yang tinggi dan berbagai-bagai tawaran lagi supaya Baginda berhenti mengembangkan Islam, namun semua tawaran itu ditolak. Pembesar-pembesar meraka bertambah marah dan bertindak melakukan kekejaman terhadap penganut-penganut Islam. Antara orang-orang yang diseksa ialah:-

1        Abu Bakar Al – Siddik telah dipukul dan dipijak-pijak hingga berdarah-darah.
2        Osman bin Affan telah diikat kedua tangannya ke tengkuk dan dihalau dari ahli keluarganya.
3        Bilal bin Rabah diikat tangan dan kakinya kemudian disebat dan jemur di tangah padang pasir. Dadanya ditindih dengan batu yang besar.
4        Yasir dan keluarganya syahid kerana rumahnya dibakar.
5        Syamiah isteri Yasir diikat dan dijemur di padang pasir hingga mati.
6        Zunairah seorang hamba Abu Jahal  dicucuk matanya dengan kejam hingga buta.
7        Abdullah bin Masud dipukul hingga berlumuran darah ketika sedang membaca Al-Quran di dalam masjid.

Ramai lagi orang-orang Islam yang diseksa dengan berbagai-bagai seksaan yang mengerikan supaya mereka  kembali kepada agama menyembah berhala, tetapi semuanya gagal. Orang-orang Islam tetap teguh berpegang dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. walaupun mereka terpaksa menghadapi berbagai penderitaan.


7- ASAS AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH S.A.W.


Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan ajaran Islam kepada semua manusia. Mereka diminta meninggalkan perbuatan menyembah berhala. Mereka diajar supaya menyembah Allah tuhan yang asa. Mereka dididik dan diajar melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perbuatan-perbuatan yang jahat. Mereka diajar supaya beriman dengan perkara-perkara berikut:-

1.      Beriman  kepada Allah
2.      Beriman kepada Malaikat.
3.      Beriman kepada Rasul.
4.      Beriman kepada Kitab.
5.      Beriman kepada hari Kiamat.
6.      Beriman kepada Qadhak dan Qadar.



Orang-orang yang telah beriman diajar dan dilatih pula supaya melakukan perkara-perkara berikut:-

1.      Mengucap dua kalimah syahadat
2.      Mendirikan solat lima waktu.
3.      Puasa di bulan Ramadhan.
4.      Mengeluarkan Zakat
5.      Menunaikan fardhu Haji.

Disamping itu juga penganut-penganut Islam diajar, dididik dan dilatih supaya memiliki peribadi yang mulia dan terpuji serta berakhlak tinggi. Antaranya ialah:-

1.      Sentiasa bersabar.
2.      Sentiasa bercakap benar.
3.      Sentiasa jujur dalam semua hal.
4.      Sentiasa bersifat Amanah.
5.      Sentiasa hurmat ibu bapa dan orang yang lebih tua.
6.      Sentiasa bertawakal kepada Allah.
7.      Sentiasa menepati janji.
8.      Sentiasa merendah diri.
9.      Baik hati.
10.  Pemaaf dan lain-lain lagi


8- MU’JIZAT RASULULLAH S.A.W.

Mu’jizat ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para nabi dan rasul sebagai bukti kebenarannya. Antara mu’jizat yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah:-

1.      Mendampingkan cahaya bintang Zuhrah ke dalam diri Rasulullah s.a.w sejak dari mula Baginda dilahirkan.

2.      Cahaya terang benderang diseluruh daratan dan pergunungan tanah Haram Mekah.

3.      Berubah segala penderitaan dan kesusahan ibu susunya kepada kebahagiaan dan kesejahteraan.

4.      Dilindungi oleh awan dari cahaya panas matahari ketika berjalan di tengah padang pasir.

5.      Dibelah dadanya oleh dua Malaikat, dikeluarkan daripadanya gumpalan darah beku berwarna hitam, diganti dengan hikmah dan dipenuhi dengan keimanan.

6.      Memberi makan dan minum kepada orang ramai dengan hanya makanan dan minuman yang sidikit tetapi cukup.

7.      Boleh melakukan sesuatu yang luar biasa dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran seperti yang berlaku ketika rumah Baginda dikepung oleh orang-orang kafir yang hendak membunuhnya.

9- PENUTUP.

Sempena menyambut hari keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w ini marilah kita tingkatkan keimanan dan rasa cinta dan kasih kita kepada Baginda dengan mengerjakan segala ajaran yang dibawanya. Tinggalkan segala larangan dan tegahannya. Cekalkan hati menghadapi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Jangan biarkan diri terhumban jauh ke dalam perbuatan-perbuatan  maksiat dan dosa.

Allah akan membalas segala perbuatan yang kita lakukan semasa hidup ini. Baik dibalas dengan baik dan begitulah sebaliknya.

Read More

Thursday, February 18, 2010

DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS

| |
0 comments

Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.
Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, “Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya.
Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras”
Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis(alaihi laknat),”Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?”
Maka jawab Nabi dengah marah “Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?”
Sembah Iblis,”Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan
dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan.” Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan
berkata “Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu”
Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi (1) - “Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?” Jawab Iblis - “Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini” Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,”Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun
tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya
menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian
umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba”

Soalan Nabi ke 2 - “Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah” Jawab Iblis - “Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda drp emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat.”

Soalan Nabi ke 3 - “Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?” Jawab Iblis - “Sekelian itu adalah anugerah drp Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yg memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan.”

Soalan Nabi ke 4 - “Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?” Jawab Iblis - “Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba”

Soalan Nabi ke 5 - “Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?” Jawab Iblis - “Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman”

Soalan Nabi ke 6 - “Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?” Jawab Iblis - “Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya.”

Soalan Nabi ke 7 - “Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?” Jawab Iblis - “Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya”

Soalan Nabi ke 8 - “Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?” Jawab Iblis - “Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kpd hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami.
Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa.”

Soalan Nabi ke 9 - “Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?” Jawab Iblis - “Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang “Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.” Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, “JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku” kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,”Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid” Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu’ - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan tuan sendiri berkata “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya”. Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10 - “Bagaimana tipudaya engkau kpd umatku?” Jawab Iblis - “Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat” Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuka jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur”

Soalan Nabi ke 11 - “Siapa yang serupa dengan engkau?” Jawab Iblis - “Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam”

Soalan Nabi ke 12 - “ Siapa yang mencahayakan muka engkau?” Jawab Iblis - “Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji”

Soalan Nabi ke 13 - “Apakah rahsia engkau kepada umatku?” Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari”

Soalan Nabi ke 14 - “Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?” Jawab Iblis - “Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang.”

Soalan Nabi ke 15 - “Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?” Jawab Iblis - “Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya.”

Soalan Nabi ke 16 - “Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?” Jawab Iblis - “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu”

Soalan Nabi ke 17 - “Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?” Jawab Iblis - “Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat”

Soalan Nabi ke 18 - “Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?” Jawab Iblis - “Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam”

Soalan Nabi ke 19 - “Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?” Jawab Iblis - “Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya”

Soalan Nabi ke 20 - “Apa lagi yang memecahkan mata engkau?” Jawab Iblis -“Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,’Syurga itu di bawah tapak kaki ibu’ “


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Pesanan Hari Ini

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

by Ahmad AlFateh